• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maqis Rampas Daging Babi, Buaya Di LTSAS

oleh
29/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Perak merampas barangan keluaran pertanian seperti daging babi, daging buaya dan buah-buahan yang dibawa oleh penumpang di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) secara tidak sah sepanjang Oktober ini.

Pengarah Maqis Perak, Zamri Hashim berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas penumpang, pihaknya telah merampas 50 kilogram (kg) produk daging babi, 5kg daging buaya dan 30kg produk pertanian lain.

Menurutnya, nilai rampasan keseluruhan barangan tersebut dianggarkan berjumlah RM2,000.

“Rampasan yang paling banyak adalah produk berasaskan babi seperti daging segar, daging perap dan sosej. Arahan larangan import produk babi telah dikeluarkan oleh kerajaan bagi mengelakkan penyebaran wabak demam babi Afrika (ASF) dari pelbagai negara terutamanya dari China, Hong Kong, Laos, Myammar, Kemboja, Poland, Belgium termasuk Vietnam.

“Pelbagai produk ini cuba dibawa masuk oleh penumpang walaupun larangan telah dikeluarkan oleh Jabatan Maqis,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Zamri berkata, tindakan mengimport produk haiwan tanpa permit import dan melanggar syarat-syarat import itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 11 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11 (3) yang sama.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

“Maqis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam mengimport atau membawa masuk produk pertanian tanpa permit import yang sah,” katanya.

Tags: daging babidaging buayaLTSASMaqis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gangguan Bekalan Air Di Lembah Klang

Next Post

Armada Bersatu Dakwa Zahid Takut Kepada MCA

Related Posts

‘Kuil Sri Maha Mariamman Perlu Pindah Kerana Dibina Secara Tidak Sah Atas Tanah Milik Syarikat’

Kastam Kelantan Rampas Daging Babi Bernilai Lebih RM200,000

19/05/2024
0

KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebanyak 11,396 kilogram daging babi sejuk beku dianggar bernilai RM227,920...

Lima Laluan Ditutup Sementara Sempena Penamaan Calon PRK KKB Esok

MAQIS Tahan Dua Anjing Dari China, Identiti Mengelirukan

26/04/2024
0

SEPANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) Selangor menahan dua ekor anjing baka "Poodle" dari China kerana mempunyai identiti nombor...

Next Post

Armada Bersatu Dakwa Zahid Takut Kepada MCA

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd