• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Nafi Beri Projek Kepada Keluarga Masa Jadi PM Ke-4

oleh
10/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Jika kertas cadangan yang dikemukakan bagus, kerajaan akan sokong. Tidak semestinya mereka adalah menantu saya atau kaum kerabat saya.

“Saya hanya pilih yang berkelayakan,” kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan terdapat projek-projek berkaitan tenaga diperbaharui diberikan kepada keluarganya semasa menjadi Perdana Menteri keempat dahulu.

Mahathir secara tegas menafikan dakwaan tersebut dan berkata, kerajaan perlu memberikan kontrak untuk menjalankan projek kepada mana-mana syarikat yang layak bagi memastikan perkembangan pertumbuhan Malaysia tidak terbantut.

“Saya pernah tanya kepada saudara-mara saya, apakah mereka pernah menerima apa-apa (projek)? Malah ada yang tidak mahu bercakap dengan saya (sekarang).

“Kita perlu beri projek itu kepada seseorang tetapi biasalah bila kita bagi, orang akan cakap macam-macam tetapi jika tidak beri, bagaimana kita hendak melihat progres (industri tersebut),” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Greentech dan Produk Eko Antarabangsa 2019 di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin memberitahu, kerajaan ketika ini melaksanakan bidaan terbuka dalam projek panel solar dan Feed in Tariff (FIT).

“Kerajaan melaksanakan bidaan kompetitif untuk panel solar. FIT pun kita buat bidaan kompetitif atas talian.

“Kita beri peluang kepada semua pihak yang inovatif dan kompetitif. Ianya terbuka untuk semua,” katanya di sidang media yang sama.

Dalam pada itu, Bee Yin berkata, Malaysia akan mengambil bahagian sepenuhnya dalam mengurangkan penyebab perubahan iklim pada tahun depan.

Ini hasil penubuhan Majlis Tindakan Kebangsaan Berhubung Perubahan Iklim pada hujung tahun ini, katanya.

Tags: kroniMahathir MohamadPerdana Menteriprojek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harus Terima Kenyataan Bahawa Keadaan Tidak Seperti Biasa – PM

Harus Terima Kenyataan Bahawa Keadaan Tidak Seperti Biasa – PM

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ramai pemimpin negara dunia berpendapat konflik di Asia Barat akan menjadi lebih parah dan mengambil masa yang...

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd