• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Diberi Taklimat Projek Stesen Janakuasa Battersea

oleh
02/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah diberikan taklimat terkini mengenai pembangunan menyeluruh Stesen Jana Kuasa Battersea di Central London, projek jana kuasa ikonik dimiliki konsortium pelabur Malaysia, semasa lawatan beliau ke London pada 29 Sept.

Pembangunan Stesen Jana Kuasa Battersea dimiliki oleh S P Setia Bhd., Sime Darby Property Bhd. dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Aset komersial dalam bangunan Stesen Jana Kuasa itu kini dimiliki secara langsung oleh Permodalan Nasional Bhd dan KWSP susulan selesainya pengambilalihan pada awal tahun ini.

Dalam kenyataan, S P Setia berkata, Dr. Mahathir telah dibawa melawat ke sebuah daripada unit apartmen di Circus West Village, fasa pertama projek itu yang telah siap, untuk melihat sendiri pemandangan keseluruhan kerja-kerja baik pulih yang sedang dijalankan di Stesen Jana Kuasa itu.

Pada akhir lawatan itu, Dr. Mahathir berkata projek itu adalah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia.

Pengerusi Battersea Project Holding Company, Datuk Ahmad Pardas Senin berkata beliau yakin projek seperti Stesen Jana Kuasa Battersea akan membantu meningkatkan kewibawaan Malaysia dan Great Britain sebagai pejuang perdagangan bebas global.

Pembangunan Stesen Jana Kuasa Battersea dilaksanakan secara berperingkat dengan apartmen pertama dalam kawasan bangunan ikonik itu kini telah siap.

Pembangunan fasa pertama iaitu Circus West Village telah dibuka kepada umum dan kini dihuni lebih 1,000 penghuni serta berkembang maju dengan pelbagai restoran, pusat hiburan dan kafe, serta panggung wayang, salun kecantikan dan rambut, teater dan studio spin.

Lebih dua juta orang telah melawat destinasi baharu di pinggir sungai itu dalam tempoh 12 bulan lepas, dan pada masa yang sama turut menjadi tuan rumah kepada penganjuran pelbagai festival pada musim panas termasuk Festival Makanan Laut London. 

Tags: Mahathir MohamadStesen jana kuasa Battersea
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd