• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LTTE: ADUN Seremban Jaya Didakwa Sekali Lagi

oleh
31/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya P Gunasekaran dan pengutip besi buruk A Kalaimughilan dihadapkan sekali lagi ke Mahkamah Sesyen bagi menghadapi pertuduhan tambahan berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Pada 29 Oktober lepas, Gunasekaran, 60, didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka manakala Kalaimughilan, 28, dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang di sini.

Sementara itu ahli DAP, V. Suresh Kumar, 43, dan peniaga B. Subramaniam, 57, pula pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini berhubung kumpulan LTTE.

Tiada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh yang hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Gunasekaran, Suresh Kumar dan Subramaniam masing-masing didakwa dengan pengetahuan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dengan cara menggunakan aplikasi sosial Facebook atas nama berlainan.

Gunasekaran didakwa menggunakan nama DAP Guna Palanisamy, Subramaniam atas nama US Subra Subramanian dan Suresh Kumar dengan nama “RocketSuresh DAP”.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian E8 (M) Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, di sini pada 7 Oktober dan 11 Oktober 2019 pada masa berlainan iaitu 2 petang, 5.30 petang dan 6 petang.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sepanjang hayat atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu jika sabit kesalahan.

Kalaimughilan pula didakwa dengan pengetahuan telah mengedar item yang berkaitan dengan LTTE di Dewan Tan Sri Soma, Wisma Tun Sambanthan, Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Attap, di sini kira-kira jam 8 malam hingga 11.30 malam 17 Mac 2014.

Dia dituduh mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan dilucutkan mana-mana item itu, jika sabit kesalahan.

Tags: ADUN DAPLTTEpengganas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemuda BN Negeri Sembilan Persoal PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke Pentas Kempen

Pemuda BN Negeri Sembilan Persoal PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke Pentas Kempen

22/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  SEREMBAN – Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mempersoalkan keputusan DAP dan Pakatan Harapan (PH) membawa Hew Kuan...

Wayang 1st Class DAP!

Wayang 1st Class DAP!

14/07/2026
0

Oleh Lim Sian See  Hei, DAP… kamu guna wayang yang sama di Johor beberapa bulan lalu, dan akhirnya kalah sampai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd