• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laman Web Universiti Malaya Digodam?

oleh
18/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISU protes membabitkan graduan Universiti Malaya (UM) pada majlis konvokesyen tempoh hari menimbulkan reaksi pelbagai pihak, tidak kurang yang menyatakan kekecewaan terhadap cara ia ditangani.

Isu yang masih belum lagi tampak reda itu kini menjadi semakin panas apabila pautan e-pay bagi laman web rasmi universiti tersebut dipercayai telah digodam oleh penggodam yang tidak dapat dikenal pasti.

Hasil carian laman web tersebut menerusi Google, Sinar Harian mendapati terdapat beberapa potongan ayat yang ditulis oleh penggodam pada deskripsi laman web tersebut iaitu:

“Biar mati dari hidup melutut. Saya rela mati berdiri daripada hidup melutut. Jika kata-kata saya mengancam mereka yang berkuasa, biarkan.

“Jika gambar saya mengejutkan orang ramai, itu adalah bagus. Kata-kata kamu kini jatuh, dan saya kini menjadi perhatian (Your teeth come down, my sword goes up.) #NoRasis #UndurVc #UniversityofMalaya”

Namun, selepas di klik pada pautan laman web tersebut, didapati ia tidak boleh diakses, namun semakan di laman web rasmi UM mendapati ia berfungsi seperti biasa.

Dalam pada itu, satu akaun yang menggunakan nama @MrX65826985 turut memuat naik gambar paparan laman web UM telah digodam dengan kapsyen “Universiti Malaya kena godam dan data kini bocor #Hacked #dataLeaked #UniversityOfMalaya.”

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata tidak mempercayai bahawa laman universiti tersebut berjaya digodam.

“Why that page, why not https://um.edu.my?” kata Oh Pian.

Namun seorang pengguna di Twitter menggunakan nama Simple_Peasant1 memberitahu “sekejap, saya silap sebab dekat bahagian bawah ada option untuk bayar menggunakan e-pay dan ini bukti ianya legit”. – Sinar Harian

Tags: laman web digodampenggodamUniversiti Malaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Pihak UM Buat Operasi Dalaman Tangani Anjing Liar, Atasi Masalah Kucing Mati Akibat Haiwan Liar’

‘Pihak UM Buat Operasi Dalaman Tangani Anjing Liar, Atasi Masalah Kucing Mati Akibat Haiwan Liar’

10/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengurusan Universiti Malaya (UM) sudah melakukan operasi dalaman bagi menangani kehadiran anjing liar di kawasan universiti itu susulan...

Penggodam Tajaan Russia Didakwa Cuba Ceroboh Sistem Microsoft

Penggodam Tajaan Russia Didakwa Cuba Ceroboh Sistem Microsoft

09/03/2024
0

WASHINGTON: Microsoft mendakwa kumpulan penggodam tajaan Russia bernama Midnight Blizzard cuba menceroboh sistemnya sekali lagi, dengan menggunakan maklumat yang dicuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd