• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Teliti Ambil Tindakan Terhadap Juri, Panel Debat

oleh
16/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan sedang meneliti kemungkinan mengambil tindakan terhadap ketua juri dan panel pemilih usul debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak susulan tular isu tajuk debat yang dikatakan menyentuh sensitiviti agama.

Kementerian Pendidikan berkata hasil siasatan mendapati Ketua Juri iaitu Mohammad Aidil Ali dan Iyad Zakiy Amal, selaku panel pemilih usul, tidak membuat sebarang perbincangan atau mendapatkan pandangan awal dari Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), Seremban, Negeri Sembilan di mana debat itu berlangsung.

Menurut kementerian itu, SDAR turut memaklumkan bahawa panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) perdebatan telah diperjelaskan kepada ketua juri agar pemilihan tajuk debat tidak menyentuh sebarang sensitiviti agama, kaum, kebudayaan dan isu yang boleh menggugat keselamatan negara.

Jesteru, Kementerian Pendidikan dalam kenyataan pada Selasa berhubung isu itu berkata Jabatan Pendidikan Tinggi sedang meneliti kemungkinan untuk mengambil tindakan terhadap kedua-dua pelajar berkenaan yang merupakan pelajar salah sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

“KPM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan secara sengaja atau tidak dalam menganjurkan program-program yang boleh mengganggu keamanan antara kaum dan agama,” katanya.

Isu berkaitan Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah baru-baru ini menjadi tular di laman sosial apabila antara tajuk yang diutarakan melibatkan topik-topik kontroversi berkaitan asas Islam.

Sementara itu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menggesa siasatan secara menyeluruh dilakukan ke atas penganjuran Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 yang mencetuskan kontroversi dengan menyentuh sensitiviti agama Islam.

“Semua pihak perlu sedar bahawa adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat untuk mendukung Islam sebagai agama persekutuan di negara ini serta memelihara hak semua agama lain di Malaysia dengan tidak menyentuh sebarang isu sensitif, hingga boleh mencetuskan perasaan tidak harmoni dalam masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.

Tags: debat piala tun razakKementerian Pendidikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pakar pendidikan, Anuar Ahmad mengingatkan kepimpinan pendidikan di pelbagai peringkat supaya berhati-hati terhadap kelompok yang...

Kementerian Pendidikan Garis 7 Langkah Tangani Beban Tugas Guru

Kementerian Pendidikan Garis 7 Langkah Tangani Beban Tugas Guru

10/07/2025
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menggariskan tujuh langkah bagi mengurangkan beban tugas guru termasuk memansuhkan acara tidak berimpak tinggi dan melantik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd