• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Arah Siasat Dakwaan Soalan PT3 Bocor

oleh
03/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menjalankan siasatan menyeluruh susulan dakwaan kertas soalan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bocor.

Dalam kenyataan dikeluarkan, kementerian menegaskan individu atau kumpulan yang terlibat dalam penyebaran kertas soalan boleh diambil tindakan memandangkan kertas itu adalah dokumen terperingkat terhad.

Katanya, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) PT3, tanggungjawab memuat turun dan mencetak kertas soalan terletak di bawah pengetua, penolong kanan pentadbiran dan setiausaha PT3 di sekolah masing-masing.

“Dalam hal ini, personel yang menandatangani Akta Rahsia Rasmi 1972, wajib mematuhi setiap prosedur penjaminan kualiti termasuk memastikan keselamatan kertas soalan,” kata kementerian.

Maklumat disebarkan melalui aplikasi WhatsApp mendakwa kertas soalan PT3 bocor.

Kelmarin, kementerian menafikan dakwaan kononnya peperiksaan Bahasa Inggeris PT3 akan diulang semula pada 10 Oktober ini akibat soalan bocor.

Lebih 400,000 pelajar di seluruh negara sedang menduduki PT3 semalam dengan kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2.

Menjelaskan lanjut, kenyataan kementerian berkata, pengendalian PT3 adalah sama seperti pengendalian peperiksaan akhir tahun sekolah.

Katanya, Lembaga Peperiksaan berperanan sebagai penyedia kertas soalan dan menetapkan format pelaporan, manakala sekolah berperanan mentadbir PT3 yang merangkumi penerimaan kertas soalan, mencetak, melaksanakan pentaksiran, memeriksa kertas jawapan, mencetak dan mengeluarkan pelaporan serta melaksanakan penjaminan kualiti.

Memandangkan kertas soalan PT3 adalah dokumen terperingkat terhad, semua kakitangan pentadbiran dan pentaksiran adalah bertanggungjawab terhadap kerahsiaan dan keselamatan kertas soalan itu, jelas kenyataan itu.

Kementerian juga berkata kertas soalan dan panduan penskoran PT3 sewajarnya hendaklah disimpan di bilik berkunci dalam almari besi berkunci di sekolah.

Katanya, bagi memastikan kerahsiaan dan keselamatan kertas soalan, pergerakan kertas soalan dan panduan penskoran mesti direkodkan.

Tags: JPNkertas soalan bocorKPMPT3
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd