• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kongres Maruah Melayu Beri Amaran Jangan Langgar Kontrak Sosial

oleh
06/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ketua penganjur Kongres Maruah Melayu hari ini mengingatkan kaum lain negara ini tentang kontrak sosial mereka dengan orang Melayu dengan berkata, ia merupaksan asas mereka diberikan kerakyatan yang boleh “digantung” sekiranya perjanjian itu dilanggar.

Memetik ayat al-Quran, Zainal Kling berkata, orang Melayu yang “mewarisi negara ini sejak lebih 5,000 tahun”, boleh membatalkan kontrak sosial dengan orang bukan Melayu, selain menambah mereka merupakan pemilik sah negara ini.

“Remehkan perjanjian ini kontrak dalam perlembagaan itu, mari kita ingatkan, dalam Al-Quran surah Al Taubah, ayat 3 dan 4 membenarkan kita untuk menggantung perjanjian itu. 

“Firman Allah maksudnya, ‘dan khabarkanlah wahai orang beriman kepada orang kafir, bahawa mereka akan ditimpa azab yang tidak terperi sakitnya. Kecuali yang kamu perjanjian dari orang Muslim kemudian tidak mencabuli perjanjian mereka,” kata beliau.

Beliau berkata demikian di hadapan hadirin yang berhimpun di Stadium Malawati di sini, dengan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad dijadualkan menyampaikan ucaptama beliau.

Turut hadir pemimpin UMNO dan PAS.

Zainal berkata, orang Islam dibenarkan menamatkan perjanjian dengan orang bukan Islam sekiranya mereka melanggar syarat perjanjian.

Beliau berkata, Malaysia adalah negara orang Melayu sebagaimana Thailand merupakan negara orang Thai, China untuk orang Cina dan India negara orang India.

Kata beliau ada pihak yang juga merendah-rendahkan agama Islam dan mempermain-mainkan orang Melayu.

“Namun dalam budi baik ada orang ingin mempermainkan kita, mengusik maruah kita, merendahkan agama Islam, mengeji raja kita kedudukan kita, mereka berpaling tadah, kontrak sosial yang telah bina perundangan asas negara kita, iaitu perlembagaan.

“Sejarah lalu, sering langgar baik budi kita dan ada yang menafikan kontrak sosial.

“Maka kerana ada ura-ura untuk ringankan, rendahkan kontrak sosial ini, maka bangsa Melayu ingatkan diri kita semua warganegra Malaysia bahawa dalam Perlembagaan kita asas perkara tersebut bahawa agama persekutuan Islam dalam perkara 3. Lebih besar agama Persekutuan, dengan orang lain amalkan dengan harmoni,” kata beliau lagi.

Kongres Maruah Melayu merupakan anjuran bersama Universiti Malaya (UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Penganjur berkata, ia akan memberi tumpuan kepada masalah yang dihadapi orang Melayu dalam bidang pendidikan, agama, kebudayaan dan ekonomi.

Tags: kongres maruah melayukontrak sosialPerlembagaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Sokong Tambah Baik, Perkasa Perlembagaan Rungkai Isu Pertindihan Kuasa Negeri, Persekutuan

UMNO Sokong Tambah Baik, Perkasa Perlembagaan Rungkai Isu Pertindihan Kuasa Negeri, Persekutuan

10/02/2024
0

KUALA LUMPUR: UMNO menyokong sebarang usaha penambahbaikan dan pemerkasaan Perlembagaan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam mengisytihar 16 kesalahan dalam Enakmen...

“Johor Tidak Ingin Terlibat” – TMJ

20/08/2021
0

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan bahawa negeri itu tidak akan terlibat dalam apa-apa keputusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd