• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Nafi Berlaku Kekasaran, Pemeriksaan Patuhi Prosedur

oleh
04/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan berlaku sebarang kucar-kacir atau kekasaran ketika menjalankan pemeriksaan di DHA Healthcare Enterprise di Bukit Damansara, Kuala Lumpur semalam.

Sebaliknya pemeriksaan oleh anggota Cawangan Penguatkuasa Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya itu mematuhi prosedur ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dr. Param Jeeth Singh Pakar Singh berkata, tindakan itu dibuat berdasarkan aduan awam yang diterima mengatakan premis kesihatan tersebut disyaki memiliki produk kesihatan yang tidak berdaftar.

“Sebelum pemeriksaan dijalankan, siasatan awal mendapati premis tersebut telah disahkan memiliki dan menjual produk sasaran berdasarkan belian percubaan berserta resit bayaran.

“Meskipun produk tersebut didapati tiada lagi di premis ketika pemeriksaan dijalankan, bahan iklan berbentuk risalah produk tidak berdaftar itu telah ditemui di premis terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, premis yang dimiliki pakar sakit puan itu juga tidak pernah memiliki lesen dengan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) KKM sejak ia ditubuhkan.

Katanya, meskipun banyak perbincangan dan usaha dilakukan oleh CKAPS untuk memudahcara pelesenan premis itu, namun pemilik masih tidak dapat memenuhi syor yang diberi supaya ianya dapat dilesenkan sebagai fasiliti kesihatan swasta berlesen yang sah.

“Oleh itu, pada 26 Februari 2016, CKAPS telah mengeluarkan satu surat arahan supaya premis ini menghentikan operasi perkhidmatan kesihatan,” katanya.

Terdahulu, pakar sakit puan dan perbidanan terkenal, Datuk Dr. Hamid Arshat dilaporkan kesal apabila pejabatnya yang terletak di Plaza Damansara diserbu sekumpulan kakitangan KKM semalam.

Menurutnya, beliau terkejut dengan kedatangan kakitangan KKM yang tidak membawa notis serbuan dan tanpa menjelaskan tujuan serbuan itu dilakukan.

Tags: Hamid ArshatKKMpakar sakit puan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd