• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tubuh Tabung Bantuan Bencana Negara

oleh
08/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Kerajaan bersetuju menubuhkan Tabung Bantuan Bencana Negara (TBBN) untuk menggalakkan orang ramai bersama membantu dalam pengurusan bencana.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, tabung yang dikendalikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di bawah Jabatan Perdana Menteri itu akan dapat membantu kerajaan menyelaras bantuan yang disumbangkan secara telus oleh pelbagai pihak termasuk orang perseorangan.

Dr. Wan Azizah yang juga Pengerusi Nadma berkata, pada masa ini sumbangan bantuan bencana dikendalikan oleh pelbagai pihak dan tiada penyelarasan dibuat.

“Kerajaan ingin menyebarluaskan kewujudan tabung ini bagi menggalakkan sumbangan pihak swasta, badan sukarela serta orang perseorangan atas prinsip pengurusan bencana negara adalah tanggungjawab bersama,” katanya ketika merasmikan Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2019 di sini hari ini.

Dr. Wan Azizah berkata, sumbangan akan dimasukkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) dan penggunaan sumbangan daripada kempen itu akan digunakan selaras dengan tujuan yang dinyatakan oleh Surat Ikatan Amanah KWABBN.

Beliau berkata, seperti yang ditekankan dalam Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030, pengurangan risiko bencana adalah tanggungjawab yang perlu dikongsi bersama bukan sahaja kerajaan malah turut melibatkan semua pihak termasuk komuniti.

Menurutnya, kesiapsiagaan masyarakat amat penting untuk diterapkan ke dalam masyarakat supaya menjadi satu budaya dan juga penting untuk masyarakat memahami risiko bencana di persekitaran mereka supaya boleh merancang langkah kesiapsiagaan.

“Budaya kesiapsiagaan dalam kalangan rakyat perlu melibatkan kerjasama bersepadu semua agensi kerajaan daripada peringkat pusat, negeri dan daerah, beserta pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk orang perseorangan.

“Contoh kesiapsiagaan masyarakat ialah merancang pelan kecemasan bencana untuk keluarga dan komuniti serta mengemas kini profil komuniti setempat terutamanya profil golongan rentan seperti warga emas, orang kurang upaya dan kanak-kanak,” katanya.

Dr. Wan Azizah berkata, kerajaan sentiasa berusaha memastikan koordinasi dan penyelarasan pengurusan bencana dapat diuruskan dengan lebih cekap dan efisien supaya mangsa bencana mendapat perlindungan serta bantuan yang sewajarnya daripada semua pihak.

Beliau berkata, walaupun Malaysia tidak terdedah kepada bencana alam seburuk negara jiran tetapi perubahan iklim tidak boleh membuatkan orang ramai merasa terlalu selesa atau leka seperti dahulu.

Katanya, menyedari kepentingan aplikasi sains dan teknologi sebagai antara keperluan dalam pengurusan bencana, Nadma telah mengambil inisiatif untuk melantik pakar dalam bidang berkenaan daripada swasta dan awam untuk menjadi penasihat kepada agensi itu.

Justeru, Dr. Wan Azizah berkata, penubuhan Science and Technology Expert Panel (STEP) diharap dapat membantu kerajaan membuat keputusan berdasarkan fakta dan bukti.

Tags: pakatan harapantabung bantuan bencana negaraWan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

#BoycottMalaysia Tidak Jejas Hubungan Dua Hala

Next Post

Kerajaan Kenakan Syarat Baharu Kepada Grab Di Saat Akhir

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Next Post

Kerajaan Kenakan Syarat Baharu Kepada Grab Di Saat Akhir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd