• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan ‘Pintu Belakang’ Tanyalah Mahathir – Hishammuddin

oleh
21/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) sepatutnya bertanya kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai dakwaan penubuhan kerajaan baharu melalui ‘pintu belakang’ yang mengenepikan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, segala usaha penubuhan kerajaan ‘pintu belakang’ memerlukan sokongan Perdana Menteri dan tidak boleh dijayakan oleh satu pihak dan individu sahaja.

“Pemimpin PH sepatutnya bertanya terus kepada Tun Mahathir mengenai dakwaan penubuhan kerajaan baharu melalui ‘pintu belakang’, bukan saya.

“Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir) adalah pemimpin mereka (PH) bukan saya.

“Mengapa patut mereka menyalahkan UMNO dan (Ahli Parlimen) Sembrong,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Hishammuddin berkata, tindakan pemimpin PH menjadikan beliau sebagai ‘kambing hitam’ juga menunjukkan kerajaan PH kini tidak kukuh dan terbukti terdapat ketidaktentuan di antara mereka.

Menurutnya, kerajaan PH sekarang dilihat takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga terpaksa menuduh pihak lain.

“Sekarang mereka tuduh saya mahu tubuh kerajaan pintu belakang, saya tidak faham maksudnya dan hendak buat macam mana pun tidak pasti.

“Kalau ada bukti pun, apa yang saya boleh buat sebab saya mana ada pegang sebarang jawatan penting?

“Saya rasa mereka (PH) berasa tidak selamat, takut dengan bayang-bayang sendiri. Bila mentaliti masih pembangkang, yang jadi sasaran UMNO dan Sembrong,” katanya.

Terdahulu, PH menerusi kenyataan mendakwa Hishammuddin menggerakkan pakatan mewujudkan kerajaan baharu tanpa DAP dan Amanah.

Kenyataan itu ditandatangani Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah; Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail; Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya; Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir; dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke.

Dakwaan itu disuarakan kerana penulisan Hishammuddin dan wawancaranya yang kelihatan cenderung memberi isyarat akan kembali kepada politik dan pentadbiran berasaskan kaum. – Sinar Harian

Tags: Hishammuddin Tun HusseinMahathir Mohamadpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Azizulhasni Raja Pecut Asia, Raih Emas Di Korea Selatan

Next Post

Tiada Jaminan Malaysia Kekal Dalam WGBI

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Next Post

Tiada Jaminan Malaysia Kekal Dalam WGBI

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd