Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Nyaris Dilanggar, Wanita ‘Diselamatkan’...

BERPANTANG maut sebelum ajal.  Seorang wanita di Kalisz, Poland berdepan detik cemas apabila...

Selalu Pakai Seksi Cetus...

SERING dikritik kerana penampilan yang seksi dan sering memegang watak antagonis dalam lakonannya, sedikit pun...

“Sebelum Dihina, Lebih Baik...

SELEPAS sembilan tahun bergelumang sebagai pelawak dengan menjuari program Raja Lawak pada 2004,...

COVID-19: Isytihar Darurat Di...

TOKYO - Perdana Menteri, Shinzo Abe memutuskan untuk mengisytiharkan darurat di seluruh Jepun...

Kerajaan PH Perlu Peka Kejatuhan Import – Najib

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu lebih peka dengan kejatuhan besar import dalam semua kategori apabila merangka bajet tahun 2020, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana, kadar penurunan nilai import yang jauh lebih tinggi menggambarkan suasana ekonomi tempatan dan ia juga adalah petunjuk untuk ekonomi masa depan.

Pada bulan Ogos, kejatuhan import direkodkan untuk semua kategori: Barangan Perantaraan (jatuh 13.9%), Barangan Modal (-31.0%) dan Barangan Penggunaan(-12.8%).

Barangan perantaraan dan bahan mentah adalah import yang digunakan untuk industri pembuatan yang menyumbang kepada eksport untuk bulan-bulan kehadapan.

Barangan modal pula menggambarkan pelaburan dalam negara yang juga menyumbang kepada kegiatan ekonomi serta eksport untuk masa depan.

Import Barangan Penggunaan pula menunjuk kepada kesihatan ekonomi domestik. Jika ianya lemah, ia bermaksud rakyat sudah kurang berbelanja atau daya membeli sudah berkurang.


“Lagi membimbangkan ialah import barangan separa tahan lama (pakaian, kasut) dan barangan tahan lama seperti (peti sejuk, perabot, kereta, televisyen, telefon bimbit) telah jatuh 30.7 peratus dan 38.4 peratus masing-masing,” katanya.

Jabatan Perangkaan hari ini mengumumkan nilai eksport untuk bulan Ogos susut 0.8 peratus berbanding tahun lepas manakala nilai import junam 12.5 peratus.

Secara keseluruhan, nilai perdagangan antarabangsa untuk bulan Ogos pula jatuh 6.6 peratus.

Untuk tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, nilai eksport jatuh 0.4 peratus, nilai import jatuh 4 peratus dan nilai perdagangan jatuh 2.1 peratus. – MalaysiaGazette

Kategori