• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kaji Sistem Harga 2 Peringkat Hospital Swasta

oleh
07/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan melaksanakan sistem harga dua peringkat bagi hospital swasta, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

“Kita mahu melihat kos yang lebih murah bagi pesakit, mungkin malahan mencadangkan sistem harga dua peringkat bagi hospital swasta. Kita perlu berbincang dengan lebih lanjut bersama industri penjagaan kesihatan swasta.

“Sistem harga dua peringkat itu merangkumi semua pesakit,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif, namun enggan menjelaskan lebih lanjut berhubung perkara itu.

Guan Eng berkata, beliau maklum bahawa ada sesetengah hospital swasta telah melakukan banyak kerja amal dengan membayar sebahagian daripada bil bagi pesakit yang memerlukan dan menggesa agar lebih banyak hospital mengambil langkah yang sama.

Kerajaan juga katanya, sedang mengkaji langkah-langkah bagaimana hospital boleh menjimatkan kos dan seterusnya dapat menggunakan penjimatan ini kepada pengguna dengan membantu pesakit yang tidak mampu membayar rawatan.

Dalam hal ini, kerajaan telah mengumumkan tahun lepas bahawa cukai perkhidmatan tidak akan dikenakan ke atas pesakit pusat kesihatan swasta, di mana sebelum ini dikenakan cukai barang dan perkhidmatan sebanyak enam peratus.

Menurutnya, Kementerian Kewangan juga terus menyokong industri itu menerusi insentif cukai dan menyediakan rangka kerja pembangunan perniagaan yang akan membolehkan ia berkembang dengan mampan.

Guan Eng berkata, satu lagi kemungkinan langkah untuk menjimatkan kos adalah dengan melaksanakan pemerolehan ubat-ubatan secara pembelian berpusat oleh sektor penjagaan kesihatan awam dan swasta.

“Kita sedang berbincang dengan semua pihak berkepentingan termasuk Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan pemerolehan ubat-ubatan secara pembelian berpusat supaya apabila kita membeli secara pukal, ia boleh didapatkan pada kadar yang lebih murah.

“Ketika ini, penyumberan ubat-ubatan dilakukan berasingan. Semuanya ini adalah tentang skala. Apabila anda membeli secara pukal, anda akan dapat kadar yang lebih murah,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan berkata, pemerolehan ubat-ubatan secara pembelian berpusat peringkat kebangsaan secara rintis sedang dilaksanakan bagi 85 item ubat.

Kementerian itu berkata, tender bagi 14 daripada item tersebut dijangka dimuktamadkan sebelum akhir 2019.

“Laporan penjimatan kos akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan pada setiap enam bulan selepas kontrak dimuktamadkan.

“Selain itu, pemerolehan ubat-ubatan secara pembelian berpusat peringkat negeri juga boleh dilaksanakan bagi item ubat-ubatan yang tidak terlibat dengan tender pusat dan di luar Senarai Pembelian Produk Diluluskan (APPL) bagi tujuan penyelarasan harga, penjimatan kos dan memudahkan proses perolehan,” kata sumber daripada kementerian itu ketika dihubungi.

Tags: hospital swastaLim Guan Engsistem harga
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO memainkan peranan utama dalam menyebabkan kekalahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook di kerusi Dewan...

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengurangan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter adalah satu keputusan yang tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd