• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Pertahanan Kaji Semula Kadar Pencen ATM

oleh
31/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (Mindef) akan mengkaji semula kadar pencen anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara sebelum tahun 2004 untuk memastikan mereka menerima bayaran pencen sewajarnya.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, kementerian mendapati terdapat jurang perbezaan yang ketara dalam bayaran pencen bagi anggota yang bersara sebelum 2004 dengan anggota yang bersara selepas itu.

“Kita akan lihat isu ini bersama Jabatan Perkhidmatan Awam kerana rungutan secara umumnya diterima daripada pesara yang berpangkat tinggi yang mendapat bayaran pencen hampir sama dengan jumlah yang diterima oleh anggota berpangkat rendah yang berpencen selepas itu.

“Pelarasan akan dilakukan lebih kurang dua peratus supaya perbezaan nilai akhir pencen yang mereka terima tidak terlalu ketara,” katanya pada sesi jawab lisan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) yang ingin tahu usaha Mindef dalam membela nasib anggota tentera berpencen pada tahun 90-an sehingga 2004 bagi mendapat ganjaran sewajarnya berikutan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Mengenai anggota ATM yang bakal menerima Pingat Jasa Malaysia (PGM) pada 3 November ini pula, katanya, Mindef juga akan berusaha memberikan mereka ganjaran pencen selain bantuan RM500 secara one-off tahun ini.

Tags: Anggota ATMMindefPencen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Tentera Dilapor Hilang Ditemui, Ditahan Untuk Siasatan

Anggota Tentera Dilapor Hilang Ditemui, Ditahan Untuk Siasatan

26/03/2026
0

KUANTAN, 26 Mac 2026 – Seorang anggota tentera yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika bertugas dalam Op PASIR di Semporna,...

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini melaungkan amaran tegas budaya hedonisme yang tidak berakhlak serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd