• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keangkuhan Foodpanda Tak Selesai Masalah – Syed Saddiq

oleh
08/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, Foodpanda Malaysia (foodpanda) sebagai angkuh kerana mengeluarkan kenyataan yang membayangkan mereka tiada masalah jika penunggangnya melancarkan mogok terhadap skim pembayaran baharu.

Beliau berkata, sebagai syarikat korporat, foodpanda dibangunkan oleh pekerja dan pengguna, juga boleh dijatuhkan oleh kedua-duanya.

“Sebagai #Yangberkhidmat, saya dipilih oleh rakyat dan boleh dihukum oleh rakyat. Sebagai korporat, mereka dibangunkan oleh pekerja/pengguna dan boleh dijatuhkan oleh pekerja/pengguna.

“Keangkuhan bukan jalan penyelesaian. Hanya sokong korporat yang adil kepada pekerja dan pengguna.” katanya dalam ciapan terbaharu menerusi akaun Twitter rasminya di sini malam ini.

Beliau memuat naik ciapan tersebut bersama laporan sebuah portal berhubung kenyataan dibuat Pengarah urusan syarikat itu Sayantan Das berkaitan isu mogok oleh penunggang foodpanda.

Dalam laporan berkenaan, Sayantan berkata, penghantar yang tidak mahu bekerja perlu memberikan atau menukarkan syif mereka kepada penghantar lain agar tidak menjejaskan pendapatan mereka.

“Jika anda (penghantar) tidak mahu kerja, tolong berikan atau tukar syif anda kepada penghantar lain kerana anda menjejaskan kehidupan mereka,” katanya dalam sesi taklimat foodpanda di sini hari ini.

Bermula 1 hingga 3 Oktober lalu, penghantar makanan Foodpanda berpakat mengadakan mogok besar-besaran sebagai bantahan mengenai skim baharu yang berkuat kuasa sejak 30 September 2019 di sekitar luar Lembah Klang. – Sinar Harian

Tags: FoodpandaPenghantar makananSyed Saddiq
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin 'kebenaran akan menang' meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd