• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruteknik, Pemandu Teksi Didakwa Sokong Pengganas LTTE

oleh
29/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Dua lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Selasa, masing-masing dengan satu dan empat pertuduhan berhubung kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sejak lima tahun lalu.

Juruteknik kilang, S. Arivainthan , 27, dan pemandu teksi V. Balamurugan, 37,  menghadapi pertuduhan memberi sokongan kepada LTTE dalam satu majlis di Dewan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Cawangan Sungai Siput (U) antara 6.30 hingga 11.45 malam pada 28 Disember 2014.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sepanjang hayat atau penjara sehingga 30 tahun atau denda dan dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu. 

Balamurugan turut didakwa tiga pertuduhan memiliki dan mempamerkan item yang berunsur keganasan atau berkaitan dengan kumpulan pengganas LTTE di pekarangan Stesen Teksi Sungai Siput (U) dan di Taman Bukit Medan Sungai Siput (U) antara jam 9.40 pagi dan 9.50 pagi pada 10 Oktober 2019.

Bagi dua tuduhan memiliki item dia didakwa di bawah Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda dan hendaklah juga dilucut hakkan mana-mana item tersebut. 

Bagi tuduhan mempamer pula, dia didakwa di bawah Seksyen 130JB (1)(b) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda dan hendaklah juga dilucut hakkan mana-mana item tersebut. 

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh dan tiada jaminan diberikan.

Hakim Rohaida Ishak menetapkan 28 November depan untuk sebutan semula kes bagi penyediaan dokumen.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aliff Asraf Anuar Sharuddin.

Arivainthan diwakili peguam RSN Rayer manakala Balamurugan diwakili peguam Matthews Jude dan Farhan Fadzil.

Rayer ketika ditemui berkata, mereka akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Ipoh secepat mungkin untuk mendapatkan ikat jamin kedua-dua tertuduh. – Astro Awani

Tags: LTTEpengganasRSN Rayer
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pesanan SPR Kepada Bakal Calon PRK Tanjung Piai

Next Post

Penghantar Surat Dituduh Miliki Barangan Pengganas LTTE

Related Posts

MP Pendang Digantung Parlimen Kerana Tuduh Rayer Anti-Islam

MP Pendang Digantung Parlimen Kerana Tuduh Rayer Anti-Islam

15/07/2024
0

Awang Solahuddin Hashim (PN-Pendang) digantung parlimen selama tiga hari kerana menggelar RSN Rayer (Harapan-Jelutong) sebagai anti-Islam. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

Next Post

Penghantar Surat Dituduh Miliki Barangan Pengganas LTTE

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd