• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jho Low Pinda Perlembagaan 1MDB

oleh
17/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Saksi ke-9 perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendedahkan bagaimana ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low melakukan pindaan terhadap perlembagaan syarikat itu.

Malah dakwa bekas Ketua Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, pindaan perlembagaan itu dilakukan oleh Jho Low bagi membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai ‘kuasa mutlak’ untuk membuat keputusan tertentu dalam syarikat itu.

Ini kata Shahrol, akan memberi kuasa muktamad tanpa sebarang kelulusan daripada pemegang saham.

Jelas Shahrol, Jho Low telah memberi cadangan supaya Artikel 117 dimasukkan ke dalam Memorandum dan Artikel Persatuan (M&A) 1MDB yang memberikan Najib kuasa mutlak selain menggantikan Artikel 9(a) yang memberi kuasa kepada kerajaan persekutuan ke atas 1MDB.

Sebuah syarikat guaman dikenali sebagai ‘Wong & Partners’ juga telah dirujuk dengan peguam utamanya, Brian Chia sebelum pindaan itu dilakukan.

“Ini yang dimahukan oleh Datuk Seri Najib dan arahan itu datangnya daripada Jho Low.

“Pindaan ini bukan hanya melibatkan hal-hal pentadbiran sebaliknya juga perubahan sebenar kuasa,” katanya ketika disoal balas oleh peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika pemeriksaan balas sebentar tadi.

Kelulusan Kerajaan Persekutuan seperti yang diperuntukkan dalam Artikel 9(a) Memorandum dan Artikel 1MDB itu dipinda kepada kelulusan Perdana Menteri mengikut Artikel 117.

Artikel 117 berkenaan dimasukkan ke dalam Memorandum dan Artikel Persatuan 1MDB yang bersamaan dengan Artikel 9(a) bagi Memorandum dan Artikel Pertubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan ketika ini berdepan dengan empat tuduhan penyalahgunaan kuasa untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram dengan jumlah yang sama.

Perbicaraan akan bersambung sebentar selepas berehat makan tengah hari di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah.

Tags: 1MDBJho LowNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd