• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jho Low Buat 1MDB Macam Syarikat ‘Datuk’ Dia” – Shafee

oleh
15/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang masuk hari ke-21 menyebabkan saksi kesembilan, Datuk Shahrol Azral Ibrahin Halmi terdiam seketika apabila disoal bertubi-tubi peguambela.

Perbicaraan yang bermula lewat menyaksikan bagaimana Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bertanya beberapa kali bagaimana Shahrol yang merupakan bekas Ketua Eksekutif 1MDB tidak pernah menyemak arahan atau dakwaan dikeluarkan oleh Low Taek Jho atau Jho Low.

Muhammad Shafee menyoal mengapa Shahrol tidak berbuat begitu walaupun mempunyai akses untuk berhubung dengan bekas Perdana Menteri merangkap pemegang saham khas 1MDB, Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, dakwa Shahrol walaupun dirinya mempunyai akses secara terus namun agak kurang berhubung dengan Najib terutamanya melalui mesej telefon kecuali menghubungi beliau beberapa kali ketika menyampaikan ucapan hari jadi atau hari raya sahaja.

Shahrol juga mendakwa, selalunya arahan oleh Jho Low dituruti tanpa ragu-ragu kerana pada sangkaannya ahli perniagaan itu yang kini dalam buruan sentiasa berhubung secara rapat dengan Najib.

Muhammad Shafee mendakwa Jho Low mengendalikan 1MDB sesuka hatinya sambil memberi gambaran ianya diperlakukan seperti syarikat ‘datukya’ namun dakwaan itu tidak diterima oleh Shahrol.

Selain itu, Muhammad Shafee juga bertanya adakah saksi begitu ‘bodoh’ sehingga boleh mendengar apa-apa yang dikatakan oleh Jho Low tanpa menyemak dengan Najib namun Shahrol tidak bersetuju.

Muhammad Shafee: Sebagai CEO 1MDB, tidakkah kamu sedar adalah tanggungjawab kamu untuk berhubung dengan Perdana Menteri untuk semakan?

Shahrol: Pada pandangan saya, apabila arahan itu daripada Jho Low bermakna ianya juga datang dari Perdana Menteri sendiri.

Muhammad Shafee: Jho Low layan 1MDB macam syarikat ‘datuk dia’, dokumen semuanya sulit, apa sahaja Jho Low cakap kamu ikut.

Shahrol: Tidak setuju. Jho Low sampaikan arahan daripada pemegang saham.

Muhammad Shafee: Kamu ikut sahaja? Adakah kamu ‘bodoh’ untuk mengikut semua yang dikatakan oleh Jho Low ini?

Shahrol: Kami ikut sahaja apa kata pemegang saham.

Muhammad Shafee: Tanpa kamu bertemu dengan pemegang saham?

Shahrol: Ya, betul.

Pemegang saham yang sedang dirujuk oleh Shahrol dalam perkara ini adalah Najib kerana sebagai Menteri Kewangan ketika itu, beliau merupakan pemegang saham khas 1MDB.

Dalam pada itu, Shahrol mendakwa Jho Low pernah memberi cadangan supaya 1MDB mengelak daripada memberikan maklumat sulit syarikat kepada Jabatan Audit Negara bagi tujuan due diligence (penelitian terperinci syarikat).

Dakwa Shahrol, Jho Low berpendapat ia adalah sangat merbahaya kepada Najib daripada segi politik untuk membiarkan Jabatan Audit membuat penelitian terbabit.

Berikutan itu, Jho Low memberikan isi kandungan surat kepada Shahrol untuk dikemukakan kepada Najib.

Surat berkenaan membangkitkan isu supaya pemberian maklumat sulit berkenaan kepada Jabatan Audit Negara hendaklah dielakkan malah kandungan surat itu juga dakwa Shahrol datangnya daripada Jho Low sendiri.

Perbicaraan akan bersambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah. – MalaysiaGazette

Tags: 1MDBJho LowShafee Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd