• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadual Khas Pantau Kehadiran Ahli Parlimen PH

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju mengeluarkan satu jadual khas kepada ahli Parlimen di Dewan Rakyat bagi mengelakkan isu tidak cukup kourum kembali dibangkitkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, langkah itu dibuat bagi memantau kehadiran semua ahli Parlimen dari kerajaan.

“Saya dah beri amanat untuk adakan satu jadual khas dan adakan peraturan untuk pastikan pembangkang tak bersuara (lagi) isu itu (kehadiran tidak mencukupi).

“Saya telah pun maklumkan kepada semua ahli parlimen berkenaan kehadiran dan prestasi kena dipertingkatkan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini semalam.

Jelas Vui Keong, beliau akan mengambil inisiatif sendiri dengan mengambil kehadiran di dalam dewan dan melaporkannya kepada presiden parti dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam pada itu, mengulas mengenai cadangan mengumumkan senarai nama ahli Parlimen yang kerap tidak hadir ke Dewan Rakyat, Vui Keong menegaskan beliau tidak bersetuju dengan cadangan itu.

“Kehadiran semua ahli Parlimen adalah di bawah ketua whip masing-masing untuk membuat tindakan.

“Saya tak setuju pasal saya akan maklumkan kepada ketua whip dan mereka akan maklumkan kepada ahli parti.

“Jadi saya rasa selepas itu terpulang kepada ketua whip untuk edarkan nama nama tak hadir,” katanya lagi.

Khamis lalu, Dewan Rakyat ‘kosong’ apabila ahli parlimen termasuk menteri dan timbalan menteri didapati ‘ponteng’ atau tidak hadir ke sesi persidangan Dewan Rakyat.

Tags: Ahli ParlimenDewan Rakyatpakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shahidan Bawa Isu Raptai UniMAP Ke Dewan Rakyat Isnin Ini, Mahu Penjelasan Menyeluruh

Shahidan Bawa Isu Raptai UniMAP Ke Dewan Rakyat Isnin Ini, Mahu Penjelasan Menyeluruh

01/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim akan membawa isu kontroversi sesi raptai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)...

Pemimpin BN Berbaju Melayu ‘Gelombang Biru’ Hadir Belanjawan 2027

Pemimpin BN Berbaju Melayu ‘Gelombang Biru’ Hadir Belanjawan 2027

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Gelombang biru mewarnai suasana di Parlimen apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) khususnya daripada UMNO tampil mengenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd