• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Larangan Bacaan Doa: 9 Individu Lagi Akan Dipanggil

oleh
02/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil sembilan lagi individu untuk dirakam percakapan berhubung dakwaan sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang melarang bacaan doa pada Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar yang diadakan baru-baru ini.

Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/ Undang-Undang Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan kes tersebut.

“Setakat ini kita sudah selesai merekod keterangan lima saksi membabitkan mereka yang ada semasa majlis berkenaan berlangsung.

“Kita juga telah menerima 10 laporan iaitu satu di Selangor, 1 di Kedah dan selebihnya di Pulau Pinang,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 505 C Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum untuk melakukan sesuatu kesalahan terhadap golongan lain.

Terdahulu Mior memberitahu siasatan kes berkenaan dilakukan selepas laporan pertama dibuat pada Jumaat lalu.

Satu laporan polis diterima yang mendakwa beberapa individu hadir dalam satu majlis anugerah kecemerlangan pelajar di Sekolah Perempuan Methodist di Pulau Pinang yang menyatakan bacaan doa dalam majlis itu tidak dibenarkan.

Tags: bacaan doaPDRMPulau Pinangskp methodist
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kalau Dividen LTAT 2%, Berapa Pula ASB?

Next Post

Bekas CEO SSM Didakwa 33 Tuduhan Rasuah RM5.7 Juta

Related Posts

CEO Batu: Polis Akan Siasat Sekiranya Ada Dakwaan Mangsa Baharu

CEO Batu: Polis Akan Siasat Sekiranya Ada Dakwaan Mangsa Baharu

24/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan pempengaruh media sosial dikenali sebagai 'CEO Batu'...

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Next Post

Bekas CEO SSM Didakwa 33 Tuduhan Rasuah RM5.7 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd