• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Forest City Tak Sama Penurunan Nilai Ambang Hartanah

oleh
15/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penurunan nilai ambang bagi kediaman berharga RM600,000 ke atas untuk pemilikan warga asing berbeza keadaannya dengan projek Forest City di Johor.

Projek tersebut sangat mewah dan tidak mampu dimiliki oleh rakyat tempatan.

Sedangkan, hartanah berharga RM600,000 ini masih boleh dibeli oleh rakyat tempatan tetapi tidak ramai yang membelinya, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, disebabkan faktor itu, kerajaan terpaksa menjualnya kerana tidak mahu ia mendatangkan masalah kepada maju.

“Saya sebelum ini kritikal terhadap (penjualan hartanah kepada warga asing) kerana pemaju di Johor (Forest City)  yang mana hartanah mewah hanya dibangunkan untuk warga asing.

“Tapi ini (rumah yang diturunkan dari RM1 juta ke RM600,000) bukan untuk orang asing beli (pada mulanya),” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Ekspo Peranti Perubatan Malaysia (MYMEDEX) 2019 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Penurunan nilai ambang itu juga, katanya, sebagai langkah mengelakkan berlakunya krisis ekonomi dan dalam masa yang sama memastikan pasaran hartanah berkembang.

“Anda tahu lambakan rumah tak terjual akan menyebabkan krisis nasional yang pernah terjadi di Hong Kong, di Tokyo sebab pembangunan yang terlebih.

“Jadi kita nak habiskan lambakan rumah supaya pasaran hartanah kembali sihat,” ujarnya.

Belanjawan 2020 mencadangkan penurunan had ambang harga hartanah daripada RM1 juta kepada RM600,000 bagi pemilikan asing di bandar utama berikutan berlaku lambakan kondominium dan pangsapuri bernilai RM8.3 bilion ketika ini.

Bagaimanapun, pelbagai pihak meminta kerajaan mengkaji semula cadangan itu kerana bimbang pemaju akan membina lebih banyak rumah jenis itu dan menjualnya kepada rakyat asing.

Tags: Forest Cityharga rumahMahathir Mohamadwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

18/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah...

Johor Desak Putrajaya Putuskan Segera Status Network School Di Forest City

Johor Desak Putrajaya Putuskan Segera Status Network School Di Forest City

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor menggesa Kerajaan Persekutuan memberikan keputusan segera, jelas dan muktamad berhubung status individu warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd