• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hentikan Isu Peralihan Kuasa PM – Wan Azizah

oleh
03/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata isu peralihan kuasa Perdana Menteri tidak sepatutnya dibangkitkan lagi.

Beliau berkata, perkara itu telah diputuskan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mei tahun lepas.

“Isu ini tidak timbul kerana kita dah ada perjanjian dahulu masa kita pergi ke PRU, kita katakan Perdana Menteri akan, dan Perdana Menteri yang susulan itu, itulah yang dijanjikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan MySTEMI Foundation di sini, hari ini.

Beliau mengulas gesaan bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali yang mendesak peralihan kuasa pentadbiran negara oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dilakukan segera yang kemudiannya menerima kenyataan balas termasuk oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dengan menyifatkan gesaan itu tidak bertanggungjawab dan terpesong daripada keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Ditanya sama ada isu peralihan kuasa berkenaan akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH akan datang, Dr. Wan Azizah berkata “Saya fikir perkara itu telahpun dipersetujui apa lagi yang hendak dibincangkan?”

Dr. Wan Azizah yang juga Presiden PH berkata, lebih banyak isu lain, yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan PH.

“Kita ada isu lain, isu penyakit jantung misalnya, isu nak perbetulkan negara kita,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kes lelaki warga asing sanggup berkahwin dengan wanita berusia untuk tinggal lama dan berniaga di Sabah, Dr. Wan Azizah berkata pihaknya akan mengkaji kes-kes sedemikian.

“Kita akan kaji kes-kes begini. Tertakluk pada syarat-syarat pas dan permit yang dipegang warga asing itu. Kalaulah melanggar apa-apa syarat oleh Jabatan Imigresen, mereka akan ambil tindakan,” katanya.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk Musa Sulaiman dilapor mendedahkan terdapat lelaki warga Pakistan yang datang ke Sabah, sanggup berkahwin dengan wanita berusia termasuk berstatus nenek, semata-mata mahu mendapatkan pas lawatan sosial suami asing kepada warga negara, untuk tinggal lama dan berniaga di negeri tersebut.

Tags: Anwar IbrahimMahathir MohamadWan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd