• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Han-Byul Juara Big Stage Musim Kedua

oleh
07/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang berasal dari Korea Selatan, Han-Byul menepati ramalan apabila diumumkan sebagai juara pertandingan realiti Konsert Big Stage musim kedua malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan Han-Byul membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, sebuah kereta Perodua Axia Style, telefon pintar Vivo V17 Pro berserta trofi.

Diberikan dua tugasan, Han-Byul mempertaruhkan dua nyanyian bagi ‘cover final’ untuk lagu Lose Yourself daripada Eminem serta ‘single’ terbaharu yang berjudul Luka dan Bahagia.

Naib juara pula dimenangi Neeta Manisha yang berjaya merangkul hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Neeta menyanyikan lagu I Wanna Dance With Somebody untuk segmen solo serta menyanyikan lagu single baharu berjudul Ruang Mimpi.

Sementara itu, Adzrin pula berjaya mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 berserta trofi.

Adzrin yang mendendangkan lagu All Of Me dan juga lagunya sendiri yang berjudul Picisan.

Sementara Irfan Harris yang mendapat tempat keempat dan Dinda Permata yang berada di tempat kelima juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing membawa pulang RM10,000 dan RM5,000.

Irfan membawa lagu nyanyian Flybaits yang berjudul Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta bagi segmen cover dan lagu single baharunya, Honey hasil ciptaannya sendiri dan Haiqal Iskandar.

Penyanyi kelahiran Indonesia, Dinda pula membawa lagu dangdut, Simalakama dan sebuah lagu nyanyiannya sendiri yang bertajuk Ku Tak Bisa.

Program Big Stage musim kedua dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, dan dibawakan oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.

Pada Big Stage musim pertama, penyanyi Sarah Suhairi dinobatkan juara dalam program pertandingan nyanyian bagi bakat baharu atau dalam istilah masa kini… ‘Budak-Budak Baru Nak Up’ (BBNU).

Tags: Big Stagehan-byulKorea Selatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

15/12/2025
0

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan ke universiti yang terkenal dengan tahap kesukarannya di Korea Selatan, meletak jawatan selepas menerima aduan...

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

04/08/2025
0

SEOUL - Lebih 2,500 penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat semalaman melanda wilayah selatan Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd