• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Graduan Protes: Kit Siang Gesa UM Tarik Balik Laporan Polis

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini menggesa Universiti Malaya (UM) menarik balik laporan polis terhadap seorang pelajarnya yang mengadakan protes dengan menunjukkan plakad terhadap naib canselornya semasa istiadat konvokesyen universiti, Isnin lepas.

Kit Siang berkata Naib Canselor UM, Abdul Rahim Hashim sewjarnya menangani isu dibangkitkan pelajar, dan bukannya menyasarkan aktivis pelajar atas protes mereka mereka dengan membuat laporan polis.

UM membuat laporan polis terhadap Wong Yan Ke, seorang graduan jurusan kejuruteraan, mendakwa dia telah menunjukkan rasa tidak hormat semasa majlis konvokesyen dan mengganggu protokol istiadat.

Polis sedang menyiasat pelajar itu di bawah Kanun Keseksaan berhubung kesalahan menghina dan menggugat ketenteraman awam.

“Sememangnya, protes di majlis tamat pengajian universiti dan perkara-perkara lain yang berkaitan harus ditangani, tetapi bukan dengan cara keras dan bersalah yang akan meletakkan UM dalam keadaan buruk,” kata Kit Siang dalam kenyataan media, hari ini.

Kit Siang berkata berdasarkan kenyataan Persatuan Kakitangan Akademik UM, protes itu bukan hanya disebabkan ucapan atau kehadiran Rahim pada Kongres Maruah Melayu, tetapi juga kerana ketidakpuasan membabitkan perkara-perkara lain di pusat pendidikan tinggi itu.

“Kegagalan Rahim untuk mempromosikan toleransi dan perpaduan kaum di kalangan pelbagai etnik di UM dengan melibatkan diri dalam penganjuran Kongres Maruah Melayu adalah kecacatan besar dalam kepimpinan beliau,” kata Kit Siang lagi.

Wong memberitahu FMT bantahannya terhadap Rahim diadakan kerana nama universiti itu telah digunakan untuk tujuan perkauman dan politik. UM merupakan salah satu daripada empat universiti menganjurkan kongres itu.

Beliau berkata kenyataan Rahim pada majlis itu telah menyebabkan ahli akademik dan pelajar lain mempersoalkan kesahihan akademik yang Rahim telah buat dalam program tersebut.

Wong dipanggil untuk memberi kenyataan di ibu pejabat polis daerah Petaling semalam. Wakilnya berkata lebih 10 laporan polis telah dibuat terhadap Wong.

Satu lagi graduan, Edan Kon pula telah dihalang daripada menerima skrolnya pada majlis konvokesyen pada Selasa atas alasan mahu ganggu perjalanan istiadat konvokesyen. – FMT

Tags: DAPLim Kit SiangUniversiti Malayawong yan ke
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

12/11/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa pembayaran denda RM50 juta oleh UMNO bagi membolehkan bekas Perdana Menteri,...

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Menjunjung tinggi pendirian Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan. Menerusi satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd