• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Fikir Dua Tiga Kali Sebelum Kata Saya Kurang Cerdik” – Ahmad Maslan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘diceriakan’ dengan kenyataan saling menyindir di antara pemimpin pembangkang dan menteri ketika sesi perbahasan berlangsung.

Pada sesi sebelum dewan berhenti berehat tadi, Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) saling membalas sindiran Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim.

“lni soalan yang kurang bijak tapi saya akan jawab dengan bijaknya,” demikian sindir Teresa.

Sindiran Teresa itu susulan pertanyaan Ahmad yang bertanyakan kenapa pada 1 April 2018 tiada data harga komoditi direkodkan sedangkan ketika hari itu rakyat masih bekerja dalam bidang berkenaan.

Menjawab sindiran berkenaan, Ahmad berkata, “Sebelum nak kata saya kurang cerdik itu fikir dua tiga kali.”

Jelas Ahmad, pada tarikh berkenaan misalnya di Johor peneroka masih bekerja meskipun pada tarikh berkenaan jatuh pada hari Ahad.

“Rakyat pada 1 April tetap menoreh getah, bekerja di ladang sawit mereka terus bekerja misalnya di Johor bekerja pada Ahad jadi saya rasa tak betul kerana pada hari Ahad ada yang masih bekerja,” katanya.

Menjawab kenyataan berkenaan, Teresa berkata, Ahmad sebagai bekas timbalan menteri seharusnya memahami keadaan demikian.

“YB sebagai yang bekas timbalan menteri (Kewangan) sepatutnya kena tanya dengan bijaklah,” katanya.

Terdahulu, Teresa ketika sesi perbahasan berkata pada 1 April 2018, tiada data harga komoditi direkodkan memandangkan tarikh tersebut jatuh pada hari Ahad. – Sinar Harian

Tags: Ahmad Maslandata harga komoditiDewan RakyatTeresa Kok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

14/08/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Parti Pribumi...

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berkata insiden Ahli Parlimen bertindak meninggalkan Dewan Rakyat ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd