• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daim Mampu Dapatkan Kembali RM8.3 Bilion Dari China

oleh
02/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin mengetuai rundingan dengan China untuk mendapatkan kembali RM8.3 bilion yang sudah dibayar kepada kontraktor projek Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) dan Saluran Paip Trans-Sabah (TSGP).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, perbincangan itu telah berlangsung sejak setahun lepas.

“Saya tidak fikir yang kita akan dapat perunding yang lebih baik daripada Tun Daim. Beliau mempunyai budi bicara dan kebebasan kerana walaupun beliau ketua perunding, beliau bukan sebahagian daripada kerajaan.

“Jadi beliau mampu mengemudi rundingan serta bebas untuk mengemukakan cadangan yang akan membolehkan kedua-dua pihak mencapai penyelesaian secara baik dan dipersetujui bersama,” katanya kepada Bernama.

Daim, bekas menteri kewangan negara turut mengetuai rundingan semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan kerajaan China pada 12 April, yang menyaksikan kerajaan berjaya mengurangkan harga projek rel itu daripada RM65.5 bilion sebelumnya kepada RM44 bilion, iaitu penjimatan sebanyak RM21.5 bilion. 

Guan Eng berkata Tun Daim berjaya mencapai rundingan semula ECRL tanpa menjejaskan kepentingan hubungan dua hala antara China dan Malaysia, dan pada masa yang sama berjaya mendapatkan Beijing untuk membeli lebih banyak minyak sawit, melabur lebih banyak pelaburan di Malaysia dan menampung separuh kos operasi ECRL.

“Ini merupakan urus niaga terbaik yang kita boleh dapat,” katanya.

Guan Eng berkata projek saluran paip di Sabah merupakan antara banyak projek infrastruktur yang menyebabkan kerajaan menanggung banyak hutang berdasarkan keadaannya yang meragukan.

Bayaran RM8.3 bilion kepada kontraktor projek itu adalah untuk kira-kira 88 peratus daripada jumlah nilai projek di sebalik mendakwa bahawa hanya 13 peratus projek itu yang telah siap.

Projek RM9.4 bilion itu diberikan kepada Biro Saluran Paip Petroleum China pada 1 November 2016. 

“Bila kami minta kontraktor tunjukkan kepada kami di mana mereka pasang paip itu atau kerja awal yang telah mereka laksanakan di Sabah, mereka enggan membawa kami. Apabila kami pergi membuat tinjauan, kami malah tidak jumpa sebatang skru pun dan namun mereka telah dibayar RM8.3 bilion.

“Kenapa bayar duit bagi kerja yang tidak dibuat? Sehingga kini, mereka gagal memberikan sebarang penjelasan,” kata Guan Eng.

Tags: ChinaDaim ZainuddinLim Guan Engprojek saluran paip
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

26/06/2026
0

BUTTERWORTH - Program promosi besar-besaran jualan daging babi sempena Pesta Duanwu akan terus dianjurkan bagi membolehkan rakyat Pulau Pinang membeli...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd