• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CEO 1MDB Terima Gaji RM99,000 Sebulan

oleh
01/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa gaji terakhir beliau di syarikat itu adalah RM99,000 sebulan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berhubung pendapatan diperolehnya bermula dengan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

SRI RAM: Berapa pendapatan kamu ketika berada di TIA.

SHAHROL: RM80,000 sebulan.

SRI RAM: Bagaimana ketika berada di 1MDB?

SHAHROL: RM99,000 sebulan. Itu adalah gaji terakhir saya kerana saya menerima kenaikan setiap tahun.

SRI RAM: Kamu ada menerima elaun lain ketika berada di 1MDB?

SHAHROL: Saya menerima elaun sebagai ahli lembaga pengarah sama seperti yang lain iaitu RM179,000 setahun dan RM1,500 untuk setiap mesyuarat.

SRI RAM: Ada tertuduh (Najib) menzahirkan ‘kelulusan’ bagi kerja anda?

SHAHROL: Oh ya.

SRI RAM: Boleh beri contoh?

SHAHROL: Saya tidak ingat sama ada 2011 atau 2012, saya menerima panggilan telefon di pejabat saya yang memaklumkan bahawa Perdana Menteri berada dalam talian. Ketika itu Najib mahu bertanya berhubung projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilakukan ketika itu untuk Yayasan 1MDB. Saya sangat gembira sehingga beberapa kali memotong percakapan beliau ketika beliau bertanya soalan kerana saya tahu perkara yang ditanya itu. Saya sangat gembira dapat bercakap dengan beliau secara langsung.

SRI RAM: Kenapa kamu gembira?

SHAHROL: Beliau adalah Perdana Menteri. Bukan setiap hari boleh bercakap dengan Perdana Menteri. Beberapa hari kemudian, Jho Low (Low Taek Jho) ada beritahu saya bahawa beliau ada bercakap dengan Najib. Menurutnya Najib memaklumkan kepadanya berhubung panggilan itu dan dia beritahu ‘boss was pleased and Shahrol seems to be on top of things’.

SRI RAM: Selepas itu ada kamu terima sebarang ganjaran kewangan?

SHAHROL: Ya saya dapat bonus pada 2012.

SRI RAM: Berapa bulan?

SHAHROL: 18 bulan.

Prosiding di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin depan. – myMetro Online

Tags: 1MDBGaji CEOShahrol Azral Ibrahim Halmi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd