• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Lebuh Raya Bertol Khazanah Jauh Lebih Menarik

oleh
04/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kertas cadangan berhubung pengambilan alih konsesi lebuh raya bertol yang dihantar oleh Khazanah Nasional Bhd. jauh lebih menarik, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Jelasnya, kertas cadangan yang dihantar oleh sayap pelaburan negara itu lebih baik kerana tidak mementingkan keuntungan dan memberi banyak manfaat kepada rakyat.

Ini berbeza dengan kertas-kertas cadangan yang telah dikemukakan oleh beberapa pihak korporat lain.

“Apabila kita menerima cadangan daripada syarikat-syarikat korporat, mereka mesti menekankan elemen keuntungan kerana jika tidak untung mereka tidak akan mahu membeli.

“Namun begitu, kertas cadangan yang dikemukakan oleh Khazanah tiada elemen keuntungan dan pastilah ianya lebih baik kepada rakyat.

“Kita semua perlu ingat, apabila sesuatu cadangan perniagaan dikemukakan, mereka mesti mahukan keuntungan.

“Tiada salahnya kerana jika tidak untung, bagaimana mereka mahu beroperasi?

“Sudah pastilah sebarang cadangan daripada pihak kerajaan tidak akan mampu ditandingi oleh pihak swasta.

“Jadi anda mahu lebuh raya bertol berada di tangan entiti swasta atau kerajaan?” katanya semasa sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Ogos lalu, Khazanah mengesahkan telah menghantar kertas cadangan untuk mengambil alih semua lebuh raya bertol kepada kerajaan.

Dalam pada itu, menurut Guan Eng, beliau tidak tahu-menahu mengenai kertas cadangan yang dibuat oleh RRJ Capital yang berhasrat untuk mengambil alih konsesi lebuh raya PLUS Malaysia Bhd.

Jelasnya, ini kerana cadangan tersebut mungkin dihantar kepada Khazanah selaku pemegang 51 peratus kepentingan dalam syarikat konsesi tersebut.

Kelmarin, Reuters melaporkan sebuah konsortium yang diketuai kumpulan ekuiti swasta Asia, RRJ Capital telah menghantar kertas cadangan untuk mengambil alih konsesi lebuh raya bertol Malaysia, PLUS Malaysia Bhd. pada harga RM3 bilion.

Dalam satu dokumen yang dilihat agensi tersebut, Pengerusi RRJ Capital, Richard Ong berkata, firma pelaburan yang berpangkalan di Hong Kong itu boleh mengurangkan kadar tol sebanyak 20 peratus sekiranya pengambilan alih itu berjaya.

Cadangan pengambilan alih itu tertakluk kepada syarat-syarat termasuk pelanjutan tempoh konsesi tol selama 20 tahun lagi oleh kerajaan.

Tags: Khazanah Nasional BerhadLebuhraya PLUSRRJ Capital
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Laluan Ipoh Utara, Ipoh Selatan Lebuhraya PLUS Ditutup Sementara Esok

Laluan Ipoh Utara, Ipoh Selatan Lebuhraya PLUS Ditutup Sementara Esok

29/11/2022
0

PETALING JAYA : Pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan (Arah Selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan dinasihatkan supaya merancang...

24 Pusat Pemasangan RFID Disediakan Di Lebuhraya PLUS

18/04/2022
0

Kuala Lumpur : Sebanyak 24 Pusat Pemasangan RFID (Identifikasi Frekuensi Radio) disediakan di sepanjang lebuh raya PLUS Malaysia Bhd (PLUS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd