• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Cadangan Membina, Bukan Rai Orang Hilang Kerja

oleh
17/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Penasihat Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Khalid Jaafar sepatutnya menggunakan peluang sebagai ahli panel dengan memberi cadangan yang boleh menghidupkan kembali syarikat Utusan Melayu (M) Berhad.

Atau, kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan, sekurang-kurangnya beliau memberi kritikan membina, bukan secara lisan meraikan orang lain kehilangan kerja.

“Sepatutnya dia kata, mungkin atas sebab-sebab ini (penutupan akhbar Utusan Melayu), (Maka) inilah cadangan (dari) saya (atau) inilah cara saya, mungkin kita boleh menghidupkan kembali. Itu okeylah.

“Itu baru dikatakan kritikan dan cadangan membina, bukan merai orang hilang kerja.

“Saya kecewalah apabila dia sebut secara lisan, meraikan penutupan Utusan (akhbar Utusan Malaysia),” katanya ketika ditemui pemberita selepas Forum Kelangsungan Media Cetak: “Mengapa Dilayar Jika Boleh Diterbit” di sebuah resort di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dialog Khalid yang seolah gembira dengan penutupan akhbar berkenaan minggu lalu, atas alasan menjadi alat propaganda kerajaan terdahulu, Barisan Nasional (BN).

Menurut Shahril, atas apa saja alasan kalau seseorang itu tidak bersetuju dengann laporan Utusan Malaysia selama ini, kalaupun ada pihak yang merasakan akhbar itu bukan media pilihannya, tetapi mereka kena sedar nasib orang yang kehilangan pekerjaan.

“Sebelum kita bercakap mengenai teori dan falsafah, kita kena cakap mengenai industri kewartawanan dan individu yang sekarang sumber rezeki mereka sudah dalam satu keadaan yang tidak menentu.

“Walaupun saya bukan wartawan, tapi saya rasa terpanggil sebab ramai hilang mata pencarian dalam sekelip mata, dan ada orang pula meraikannya. Saya rasa itu tidak patut,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, forum itu ada postifnya kerana sama-sama membincangkan hala tuju masa depan media dalam keadaan yang tidak menentu ketika ini.

Kata beliau, mana-mana akhbar ditutup itu nombor dua, yang utama sekali adalah realiti bahawa dunia sekarang ini, iaitu media cetak dalam keadaan tidak stabil.

“Saya kira mana-mana institusi media perlu cepat bertindak dan memikirkan kreativiti tertentu untuk terus lestari dan hidup dalam dunia yang penuh mencabar ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tags: hilang kerjaKhalid jaafarShahril Sufian HamdanUtusan Melayu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AS, China Diminta Kurangkan Kapal Tentera Di Laut China Selatan

Next Post

Ramasamy Beri Keterangan Di Bukit Aman Isnin Ini

Related Posts

UMNO Harus Fikir Kepentingan Rakyat

31/03/2021
0

KUALA LUMPUR - UMNO perlu memikirkan kepentingan rakyat sebelum mengambil tindakan meletak jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Ketua...

Beratus Lagi Pekerja Syarikat Media Akan Hilang Kerja

11/12/2019
0

PETALING JAYA - Kira-kira 600 pekerja dalam sebuah kumpulan berkaitan media terbesar di Malaysia akan diberhentikan Jumaat ini, separuh daripadanya...

Next Post

Ramasamy Beri Keterangan Di Bukit Aman Isnin Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd