• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berhenti Atau Cuti, NUJ Dan Pekerja Utusan Keliru

oleh
09/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) Cawangan Utusan Melayu (M) Bhd., Mohd Taufek Razak, mendakwa pihaknya keliru dengan nasib pekerja syarikat itu yang hanya dimaklumkan diberi cuti sehingga hujung bulan.

Beliau berkata, seramai kakitangan 862 kakitangan syarikat hari ini tidak menerima surat pemberhentian kerja sebaliknya hanya surat penutupan operasi sahaja.

Jelasnya, dalam taklimat terbaru oleh ketua jabatan masing-masing, mereka hanya diberitahu bahawa kakitangan hanya diberikan cuti sehingga hujung bulan ini sahaja dan perkara itu menimbulkan kekeliruan kepada semua yang terbabit.

“Kami dimaklumkan bahawa bangunan ini sudah disita dan tidak lagi boleh beroperasi. Malah wakil syarikat pembubar (liquidator) sudah pun berada di sini (bangunan Utusan) untuk memberi maklumat.

“Kami diberi masa sehingga esok untuk mengemas apa sahaja keperluan dan kakitangan selepas ini dicutikan sehingga 31 Oktober ini,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Taufek menyifatkan tindakan syarikat terhadap pekerja ketika ini adalah tidak berperikemanusiaan kerana bukan sahaja memberi notis pendek malah tidak memberi maklumat sepenuhnya kepada pekerja.

“Adalah tidak wajar mereka tidak memaklumkan awal-awal kepada syarikat malah tiada wakil eksekutif tertinggi yang muncul pada hari ini.

“Segala penerangan hanya disampaikan oleh ketua jabatan masing-masing sehinggakan banyak persoalan yang tidak terjawab. Ini saya anggap tindakan bacul dan tidak berjiwa besar oleh pihak berkenaan,” katanya.

Mengenai gaji, Taufek menjelaskan gaji akan dibayar kepada kakitangan adalah sehingga 31 Oktober ini, namun tegasnya tiada penerangan mengenai pampasan.

Ditanya harapan pihak NUJ dalam menyelesaikan kemelut ini, Taufek berkata tiada harapan melainkan semua kakitangan syarikat mendapat pekerjaan semula kerana ekonomi negara yang sukar ketika ini.

“NUJ sentiasa berjuang untuk pekerja Utusan dan setiap dari kami menyayangi syarikat ini dan masih mengharapkan yang terbaik,” katanya. – BH Online

Tags: NUJpekerjaUtusan Melayu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Pemain Pahang, R Gopinathan Peluk Islam

Next Post

2 Saksi Pakar Inkues Adib Akan Dipanggil Polis

Related Posts

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

28/10/2024
0

PORT DICKSON: Seorang pekerja pemasang khemah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk...

Polis Terima Laporan Dakwaan Salah Guna Dana RM700 Juta Kerajaan Terdahulu

Kebakaran Gudang Simpan Perkakas, Dua Pekerja Cedera

30/12/2023
15

PERMATANG PAUH: Dua pekerja gudang perkakas cedera termasuk seorang melecur sehingga 70 peratus selepas premis tempat mereka bekerja terbakar dalam...

Next Post

2 Saksi Pakar Inkues Adib Akan Dipanggil Polis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd