• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belanjawan 2020: Tahun Sukar Menanti Negara – MIER

oleh
11/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Di ambang Belanjawan 2020, sebuah badan pemikir memberi amaran tahun mendatang akan menjadi sukar memandangkan cabaran pertumbuhan ekonomi yang perlahan, ketegangan perdagangan AS-China dan ketaktentuan sejagat seperti ketidakstabilan di Asia Barat.

Dalam satu temubual FMT, Pengerusi Institut Penyeldikan Ekonomi Malaysia (MIER), Kamal Salih berkata ketika negara berdepan kemelesetan seperti yang diramal ramai ahli ekonomi, kerajaan perlu sediakan payung sebelum hujan dan meringankan kesannya.

Meskipun kemelesetan dijangka tidak seburuk 2008 dan 1997, Kamal berkata perniagaan akan menjadi lembap dan beberapa syarikat mungkin gulung tikar atau mengurangkan pekerjaan.

Kerajaan semula jadinya perlu memastikan keadaan perekonomian yang perlahan melambat tanpa menjejaskan kemapanan pertumbuhan masa depan.

“Kami menjangkakan belanjawan ini masih bersifat mengembang, masih terdapat banyak perangsangan dan perbelanjaan kerajaan untuk mengekalkan proses pertumbuhan yang terurus, tanpanya kita akan mengalami perlambatan parah.”

Oleh itu, beliau percaya dasar-dasar akan disesuaikan untuk mengekalkan permintaan domestik bagi memastikan perniagaan terus berjalan, walaupun ia sesuatu yang mencabar buat Putrajaya.

“Kerajaan terkekang, walaupun ia mahu ke arah perbelanjaan defisit bagi menyokong permintaan domestik, ia tidak boleh berhabis wang,” katanya, dan menambah sekarang bukan masanya untuk “projek-projek besar”.

Pada masa sama, sektor swasta mungkin akan mengambil pendekatan “tunggu dan lihat”, dengan eksport dijangka berkurangan dan pelabur asing teragak-agak untuk berbelanja.

Oleh itu, beliau berkata kerajaan perlu berbelanja tetapi berbelanja dengan “cara yang betul”.

Beliau menjangkakan kerajaan perlu meminjam wang untuk membiaya pembangunan.

Tetapi ini tidak bermakna kerajaan perlu panik dan mula menjual aset-aset negara untuk seimbangkan akaun.

“Anda tak boleh jual pada harga sangat rendah, penilaian sekarang semuanya lebih rendah, permintaan pula tiada. Anda tak boleh selaraskan kunci kira-kira untuk menyokong akaun semasa. Pertumbuhan jangka masa panjang akan terkesan.”

Putrajaya dikritik pembangkang kerana penjualan aset, terutama aset-aset milik dana kekayaan negara, Khazanah Nasional.

Pada asasnya, Kamal berkata Belanjawan 2020 mesti memimpin negara mengharungi tahun depan tanpa terbabas dan menyediakan sokongan minimum kepada perniagaan dan rakyat sementara menunggu ekonomi pulih.

“Pemulihan kita (dari kemelesetan) berbentuk V, bukan berbentuk U seperti negara-negara maju jadi kita cepat pulih,” katanya, dan itu kerana Malaysia negara penghasil yang mengeksport banyak barangan dan komoditi.

Dalam tahun mendatang, kerajaan mesti menjangka akan ada tekanan ke atas rakyat seperti kenaikan kos sara hidup, keperluan subsidi bersasar, penciptaan pekerjaan, dan sokongan untuk perusahaan kecil dan sederhana.

“Contohnya, bagi usahawan kecil-kecilan yang berniaga dengan kelas pekerja, berikan mereka ruang untuk berniaga, jika mereka jual nasi lemak tepi jalan, jangan ganggu, sebaliknya keluarkan lebih banyak lesen dan mudahkan rakyat mencari nafkah.”

Siswazah menganggur pula boleh diberi latihan atau elaun latihan supaya mereka boleh memasuki pasaran kerja dengan mudah apabila ekonomi pulih.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan membentangkan Belanjawan 2020 hari ini. – FMT

Tags: belanjawan 2020ekonomi negaraMIER
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Belanjawan 2023: Ekonomi Negara Dijangka Berkembang 4.5 Peratus

Belanjawan 2023: Ekonomi Negara Dijangka Berkembang 4.5 Peratus

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengunjurkan pertumbuhan ekonomi sekitar 4.5 peratus bagi 2023, demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ikuti...

Parlimen Tergantung: Apa Kesannya Kepada Ekonomi Negara

Parlimen Tergantung: Apa Kesannya Kepada Ekonomi Negara

20/11/2022
0

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang baru berakhir ini telah membawa ketidaktentuan kepada negara dengan parlimen yang tergantung apabila tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd