• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belanjawan 2020 ‘Komunis’ Dan ‘Rasis’ – Shahidan

oleh
21/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Dewan Rakyat kecoh apabila Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim menyifatkan Belanjawan 2020, yang dibentang Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 11 Oktober lalu, sebagai “komunis” dan “rasis” kerana penggunaan istilah saksama dan mendakwa peruntukan bagi kaum India dikurangkan.

“Mana boleh kurangkan (peruntukan).

“Daripada pemberian sebanyak RM50 juta menjadi RM20 juta. Kasihan ahli Parlimen (kaum India) pun tak diberi apa-apa jawatan, macam mana?” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2020 hari ini.

Kenyataan itu ditepis RSN Rayer (PH-Jelutong) yang berkata, fakta berkenaan tidak tepat.

“Bajet mana ni Yang Berhormat? Jangan paksa kita guna Peraturan Mesyuarat.”

Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) bangkit mempertahankan Shahidan dengan berkata, kenyataan itu bersandarkan kepada dasar kewangan negara.

“Ini dasarlah Jelutong. Dasar!”

Shahidan berkata, Belanjawan 2020 yang bertemakan “Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama” bersifat fahaman komunis kerana menggunakan istilah saksama.

“Ia patut disebut keadilan,” kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang disambut gelak tawa ahli Parlimen pembangkang serta bantahan daripada wakil rakyat parti pemerintah.

“Inilah bahaya ketum,” celah Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan) yang menambah kenyataan Shahidan mengelirukan dewan.

Keadaan bertambah riuh apabila Shahidan yang juga bekas menteri besar Perlis menggelar Rayer sebagai “YB bodoh”.

Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof segera meminta Shahidan menarik balik kenyataan itu.

“Baiklah, yang bodoh itu saya tarik balik,” kata Shahidan. – FMT

Tags: belanjawan 2020Dewan RakyatKomunisrasisShahidan Kassim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Tiada Elemen Negatif, Sensitif Dalam Buku Tentang Shamsiah Fakeh – Aminuddin

Tiada Elemen Negatif, Sensitif Dalam Buku Tentang Shamsiah Fakeh – Aminuddin

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya mendakwa tiada elemen negatif dan sensitif dalam dua buah buka yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd