• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Dakwa Syed Husin Cemburu Kejayaan Mahathir

oleh
15/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata pengasas bersama parti itu, Syed Husin Ali cemburu dengan kejayaan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad.

Azmin berkata walaupun Syed Husin yang kini menjadi ahli biro politik dan lembaga penasihat PKR sudah berpuluh-puluh tahun dalam politik tetapi tidak memberi kesan dalam arena politik.

“Dr. Mahathir yang dapat sambutan gemuruh daripada rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Terdahulu, Syed Husin mendakwa hasrat Mahathir untuk berundur daripada jawatan perdana menteri sekurang-kurangnya tiga tahun lagi akan membunuh Pakatan Harapan kerana Anwar tidak mempunyai masa mencukupi untuk berkempen dan mengatur sebarang rancangan.

Katanya, kenyataan Mahathir dalam dialog anjuran Majlis Hubungan Luar di New York, baru-baru ini, menyebabkan beliau secara peribadi tidak mempercayai Mahathir.

Mengulas lanjut, Azmin menafikan beliau mahu keluar daripada partinya dan menubuhkan parti lain.

Beliau berkata masih setia dengan partinya dan memberi sokongan penuh pada pucuk pimpinannya.

“Saya dipilih dalam PKR dan tidak ada sebab saya mahu keluar parti kecuali ada orang yang cemburu dan nak saya keluar dari parti.

“Itu terpulang pada mereka, tetapi saya akan terus dalam parti sokong pimpinan dan ahli parti,” katanya.

9 Oktober lalu, Syed Husin dilaporkan mendakwa Azmin merancang menubuhkan parti baru apabila pergeserannya dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim kian meruncing.

Syed Husin berkata ini merupakan satu daripada tiga perancangan yang diusahakan Azmin mutakhir ini.

Bagaimanapun, pemimpin PKR yang rapat dengan Azmin menafikan dakwaan itu.

Syed Husin berkata beliau tahu Azmin serius untuk menubuhkan parti baru. – FMT

Tags: Mahathir MohamadMohamed Azmin AliSyed Husin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd