• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Terlibat Rasuah Di Sempadan Dikenal Pasti – KPN

oleh
19/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis telah mengenal pasti beberapa anggotanya disyaki terbabit dengan jenayah rasuah yang menyebabkan kegiatan penyeludupan berleluasa di kawasan sempadan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan lanjut sedang dilakukan berhubung perkara itu dan mereka yang terlibat bakal berdepan dengan tindakan tatatertib sekiranya didapati bersalah.

“Hasil mesyuarat bersama komander briged, pegawai pemerintah batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Komander Pasukan Polis Marin pada bulan lepas mendapati terdapat beberapa kelemahan dari sudut penyeliaan dan SOP sedia ada.

“Sehubungan itu kami merancang untuk menambah baik beberapa perkara dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digunakan Polis Diraja Malaysia untuk mengawal sempadan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurutnya, beberapa cadangan sudah dibincangkan secara mendalam dan tindakan lanjut sedang dilakukan secara menyeluruh sejak bulan lepas,

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya hari ini mendedahkan terdapat ribuan klip rakaman video berkaitan aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan negara akibat perbuatan rasuah sejak 2017.

Antara barang yang diseludup ialah minyak masak, bawang, baja, diesel, petrol dan barangan runcit yang murah di Malaysia berbanding negara jiran.

SPRM turut menayangkan satu daripada video mengenai aktiviti penyeludupan di sempadan Padang Besar, Perlis yang telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

Tags: Abdul Hamid Badorpolisrasuahsempadan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd