• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ambil Alih PLUS: Maju Holdings Tawar Kurangkan Kadar Tol 36%

oleh
10/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Maju Holdings Sdn. Bhd. (Maju Holdings) menawarkan kepada kerajaan untuk mengurangkan kadar tol sehingga 36 peratus jika cadangan pengambilalihan PLUS Malaysia Bhd., syarikat konsesi lebuh raya terbesar di Malaysia diluluskan.

Menerusi satu kenyataan, syarikat itu turut komited untuk melabur kira-kira RM5.3 bilion yang termasuk memasang lampu di sepanjang lebuh raya bersama-sama dengan penambahbaikan lain yang diperlukan.

Katanya, Maju Holdings Sdn. Bhd. turut mencadangkan untuk menyerap RM2.7 bilion bagi pampasan tol yang perlu dibayar kerajaan kepada PLUS Malaysia Bhd. sekiranya pengambilalihan konsesi lebuh raya terbesar negara itu oleh syarikat berkenaan berjalan lancar.

“Kerajaan ketika ini perlu membayar kepada PLUS kira-kira RM2.7 bilion bagi pampasan tol, dan sekiranya Maju Holdings mengambil alih PLUS, kami ingin memaklumkan bahawa kami tidak akan membiarkan kerajaan bertanggungjawab bagi hutang itu,” katanya di sini.

Maju Holdings berkata, perkara tersebut akan diterjemahkan kepada penjimatan RM2.7 bilion di pihak kerajaan atas hakikat bahawa Maju Holdings akan menyerap pampasan RM2.7 bilion itu.

“Nilai enterpris kami untuk membeli PLUS termasuk tunggakan hutang kepada pemegang bon iaitu sebanyak RM34.9 bilion.

“Pertimbangan pembelian ini mencerminkan nilai sebenar dan adil bagi syarikat ini dan asetnya, dengan mengambil kira hasrat kami untuk menawarkan diskaun ketara kepada pengguna lebuh raya Malaysia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Maju Holdings yang merupakan pemilik Maju Expressway Sdn. Bhd., pengendali Maju Expressway (MEX) berkata, dengan tawaran terbaru itu, syarikat menawarkan kepada kerajaan dan pemegang saham sedia ada PLUS Kadar Pulangan Dalaman jumlah ekuiti pada anggaran 16 peratus.

“Ini membabitkan pulangan yang melebihi kos ekuiti bagi majoriti konsesi jalan bertol yang lain, sama ada di peringkat global mahupun di Asia Tenggara,” katanya.

Syarikat itu juga yakin rekod operasinya yang baik dalam menguruskan Lebuhraya MEX akan membantu mengurangkan kos penyelenggaraan PLUS.

“Kami telah berjaya mengendalikan operasi Lebuhraya MEX secara cekap kos pada tahap tinggi berbanding dengan jalan bertol PLUS yang sepatutnya mendapat manfaat daripada pelbagai skala ekonomi.

“Malah, kami mempunyai satu daripada kos terendah bagi setiap kilometer di negara ini,” katanya.

Pada 22 Ogos, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan belum membuat keputusan berhubung cadangan Maju Holdings-PLUS dan mengesahkan kutipan tol lebuh raya itu akan diteruskan walaupun konsesi PLUS diambil alih oleh mana-mana entiti lain.

Maju Holdings yang dikuasai ahli perniagaan Tan Sri Abu Sahid Mohamed dilaporkan pernah membuat tawaran sebanyak RM36 bilion untuk mengambil alih PLUS pada 2017.

Tags: kadar tollebuh rayaMaju HoldingsPLUS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd