• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akhbar Bahasa Inggeris, Cina Tak Lapor Kenyataan Penuh Guan Eng

oleh
14/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Unit Komunikasi Korporat (CCU) Kementerian Kewangan kesal dengan kegagalan beberapa akhbar berbahasa Inggeris dan Cina melaporkan sepenuhnya kenyataan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung Universiti Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR UC) di persidangan media di Parlimen samalam.

Dalam satu kenyataan hari ini CCU berkata Guan Eng menyatakan kesediaan kerajaan untuk mengadakan semula peruntukan tahunan RM30 juta kepada TAR UC sekiranya parti MCA melepaskan pegangan politik mereka keatas institusi itu.

“Ini bermaksud masing-masing RM30 juta untuk tahun ini dan tahun hadapan, menurut menteri. Bagaimanapun beberapa media berbahasa Inggeris dan Cina tidak melaporkan penekanan Guan Eng bahawa kerajaan tidak berniat untuk mengambil alih TAR UC, dan juga tidak menghendaki ahli politik PH atau DAP menggantikan MCA,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya Guan Eng menyatakan dengan jelas bahawa MCA harus melepaskan pegangan mereka ke atas TAR UC kepada para profesional dalam kalangan bekas pelajar atau alumni TAR UC.

“Beliau (Guan Eng) berkata TAR UC akan diurus dengan lebih baik oleh para profesional tanpa campur tangan politik atau kerajaan, dan akan dibenarkan utnuk menentukan dasar pendidikan mereka secara bebas berdasarkan standard pendidikan yang cemerlang,” menurutnya.

Kenyataan itu berkata Guan Eng telah memberikan contoh Koperasi Jaya Diri Malaysia Bhd. (Kojadi) yang juga tidak dilaporkan media berkenaan, yang merupakan sebuah koperasi yang dikawal oleh MCA yang menerima RM15 juta daripada Yayasan 1MDB pada tahun 2012.

“Walaupun bekas pengerusi Kojadi, Datuk Ng Peng Hay mahu memulangkan RM15 juta yang diterima daripada 1MDB, keputusan itu ditolak MCA. Sehubungan itu akaun bank Kojadi telah dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan Datuk Ng telah digantung tugas sebagai Pengerusi Kojadi.

“Kementerian Kewangan berharap agar organisasi media dapat melakukan tugas mereka secara profesional dan cekap tanpa mengira sebarang sebarang kaitan politik mereka.

“Walaupun ada organisasi media yang berpihak kepada politik, sama ada pro-MCA, atau pro-BN/PAS, kebebasan media menuntut mereka melaporkan fakta sepenuhnya dan secara jujur.”

Tags: KojadiLim Guan EngMCATAR UC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

26/06/2026
0

BUTTERWORTH - Program promosi besar-besaran jualan daging babi sempena Pesta Duanwu akan terus dianjurkan bagi membolehkan rakyat Pulau Pinang membeli...

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - "Jika menjual daging babi dianggap satu kesalahan, adakah semua peniaga daging babi di pasar turut melakukan kesalahan?"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd