• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Juta M40 Dijangka Terima Subsidi Petrol Bersasar

oleh
15/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kira-kira 5 juta golongan berpendapatan sederhana (M40) dijangka turut menerima manfaat menerusi Program Subsidi Petrol (PSP) bersasar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah berkenaan merupakan tambahan penerima PSP daripada 2.9 juta penerima daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

“Mengikut pengumuman Bajet (Belanjawan 2020) Jumaat lalu, jika sebelum ini kita gunakan data Bantuan Sara Hidup (BSH) dan 2.9 juta penerima dikenal pasti, apabila dibuka kepada golongan lain termasuk M40, dianggarkan (penerima) menjadi kira-kira lapan juta dengan membabitkan jumlah RM2.2 bilion,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang ingin tahu mengenai kesediaan kerajaan untuk melaksanakan inisiatif subsidi petrol bersasar.

Jumaat lepas, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 mengumumkan kelompok yang tidak tergolong dalam B40 juga boleh menikmati subsidi berkenaan melalui Kad95 yang akan diberikan kepada mereka yang layak – berpendapatan kurang RM4,000, tetapi tidak tersenarai dalam BSH.

Saifuddin Nasution berkata, mekanisme untuk mengenal pasti 5 juta penerima yang layak itu akan dibincangkan dengan pihak berkaitan termasuk Kementerian Kewangan, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Tenaga Nasional Bhd.

Menjawab soalan tambahan Dr. Kelbin sama ada nilai subsidi itu akan dinaikkan jika terdapat peningkatan minyak mentah dunia, Saifuddin Nasution berkata, nilai itu akan berubah jika terdapat perubahan iklim ekonomi dunia.

“Ketika membuat perancangan libat urus dengan pemain industri sudah tentu kita menjangkakan kedudukan harga minyak mentah dunia pada ketika itu berada pada AS$50 hingga AS$60 setong, bertindak daripada panduan itu, apabila berlaku perubahan iklim politik dunia dan berlakunya kenaikan, kerajaan akan melakukan ‘adjustment’ mengikut keadaan ketika itu,” tambahnya.

Tags: M40PSPsubsidi petrol bersasar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

24/02/2024
0

KUALA LUMPUR: MARA mencadangkan isu pentakrifan semula kategori pendapatan B40, M40 dan T20 dijadikan agenda ekonomi negara. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd