• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Individu Saman PTPTN, PH Gagal Tunai Janji Manifesto

oleh
22/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Lima individu memfailkan saman terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini atas alasan telah memungkiri janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kes difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Andy Putra Haris, 28; Farah Athirah Kamarozaman, 28; Mohamad Asrol Md Jailan, 27; Mohamad Muzakkir Mohamad Ali, 27 dan Mohammad Awad Sobri, 34.

Mereka turut menuntut penangguhan pembayaran balik pinjaman itu, lapor BH Online.

Saman secara dalam talian oleh Tetuan Adnan Sharida & Associates itu menamakan PTPTN sebagai defendan pertama, PH selaku defendan kedua dan kerajaan sebagai defendan ketiga.

Laporan itu memetik peguam Adnan Seman, yang mewakili kelima-lima plaintif, berkata saman berkenaan merujuk kepada janji manifesto calon PH pada PRU14 yang tidak dilaksanakan dalam tempoh 100 hari seperti mana dijanjikan.

Menurutnya, antara janji manifesto itu ialah penangguhan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang bergaji kurang RM4,000 sebulan.

Plaintif mendakwa janji defendan kedua iaitu PH, yang menerajui kerajana pusat, yang terkandung dalam Buku Harapan adalah kontrak yang mengikat plaintif serta masyarakat untuk mengundi PH pada PRU14.

Dua janji dalam manifesto PH ialah memansuhkan larangan perjalanan ke luar negara dan penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan.

Larangan perjalanan ke luar negara dibatalkan sejurus PH memenangi PRU14 dan janji kedua akan dibincangkan Kabinet selepas pihaknya menyerahkan kertas konsultasi rakyat yang mengandungi maklum balas orang ramai.

Dalam writ saman itu, plaintif turut menuntut satu pengisytiharan bahawa janji pilihan raya dan manifesto adalah satu kontrak yang mengikat parti politik jika memenangi PRU14.

Plaintif turut memohon perintah supaya defendan diarah menangguhkan pembayaran balik PTPTN semua peminjam yang bergaji kurang RM4,000 sebulan selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi pengajaran, kos dan lain-lain relif.

Minggu lalu, Gerakan Manifesto Nasional (GMN) melancarkan petisyen dalam talian yang meminta rakyat Malaysia menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan manifesto PRU14.

GMN mendakwa manifesto sepatutnya adalah satu aku janji kontrak dan bukan sekadar dokumen janji-janji kosong parti politik untuk menipu atau memperdaya rakyat seperti apa yang berlaku pada PRU14. – FMT

Tags: Manifesto PHpakatan harapanPTPTNsaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd