• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“4 Bulan Saya Digantung Tak Bertali” – Lufya

oleh
16/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON dan penyanyi, Lufya Omar, terkilan dengan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz yang tidak hadir pada sebutan permohonan cerai yang difailkannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, di Petaling Jaya, hari ini.

Lutfyah Sheikh Omar, 34, meluahkan rasa kekesalan dengan sikap suaminya yang dianggap seperti mahu melengahkan kemelut rumah tangga yang melanda mereka.

“Saya sudah empat bulan lebih digantung tidak bertali… dia (suami) susah dihubungi dan tidak mahu berbincang dengan baik.

“Dia juga tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik terhadap saya dan anak kami,” katanya dalam nada sebak.

Menurut bintang Akademi Fantasia itu, dia seperti merasakan jiwanya didera disebabkan perbuatan suaminya.

“Sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan dengan baik, namun dia seolah-olah mahu melengahkan hal ini.

“Siapalah yang berkahwin mahu bercerai, tapi saya dapat petunjuk sebaliknya.

“Saya tidak mahu lagi terus berada dalam perkahwinan yang penuh toksik ini,” katanya.

Ketika disoal mengenai tindakan suaminya membuat laporan polis kerana tindakan dan tuduhan keterlaluannya sebelum ini, Lufya berkata, dia belum menerima apa apa arahan atau saman.

“Berani kerana benar…. nak saman atau apa sekali pun saya bersedia,” katanya.

Terdahulu, Lufya sebagai plaintif hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari untuk sebutan permohonan cerai yang difailkan olehnya terhadap suaminya, pada bulan lalu.

Bagaimanapun, Dr. Che Muhammad Hafiz yang juga defendan tidak hadir dalam prosiding di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof.

Dalam prosiding itu, peguam syarie Fadhlina Siddiq yang mewakili Lufyra memaklumkan saman kepada defendan sudah diserahkan di tempat kerjanya di Jempol, Negeri Sembilan pada 7 Oktober lalu.

“Pihak kami tiada maklumat mengenai ketidakhadiran defendan pada hari ini dan memohon tarikh lain untuk sebutan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003,” katanya.

Shukran kemudian menetapkan 18 November depan bagi kedua-dua pihak hadir dan memaklumkan prosiding boleh diteruskan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak, Laana Haura, yang kini berusia dua tahun.

Kisah pergolakan rumah tangga mereka dihidu media pada Oktober tahun lalu hingga diperkatakan ramai.

Turut kelihatan menemani Lufya sepanjang prosiding hari ini, Heliza Helmi dan Zulin Aziz. – myMetro Online

Tags: artis berceraiLufya Omar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Graduan Bawa Plakad Provokatif Dilarang Sertai Istiadat Konvo – UM

Next Post

Penganjur Debat Piala Tun Razak Mohon Maaf

Related Posts

Lufya Tuntut Mutaah RM1 Juta Kepada Bekas Suami

Lufya Tuntut Mutaah RM1 Juta Kepada Bekas Suami

02/03/2023
0

SHAH ALAM – Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar membuat tuntutan mutaah berjumlah RM1juta terhadap bekas suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz...

Zarina Anjoulie Bercerai Selepas 6 Bulan

27/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Hanya selepas enam bulan berkahwin, pelakon Zarina Anjoulie, 34, bercerai dengan suaminya, Eilyas Azhar. Zarina atau nama...

Next Post

Penganjur Debat Piala Tun Razak Mohon Maaf

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd