• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Individu Termasuk 2 ADUN DAP Didakwa Sokong LTTE

oleh
29/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA TENGAH – Tiga individu termasuk Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka dan Negeri Sembilan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Ketiga-tiga tertuduh, ADUN Gadek, G Saminathan, 34, ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran, 60, dan ketua pegawai eksekutif anak syarikat kerajaan negeri, S Chandru, 38, didakwa memberi sokongan kepada kumpulan terbabit dalam satu majlis di Dewan Kasturi Ayer Keroh kira-kira jam 8.30 malam pada 28 November tahun lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh di hadapan Hakim, Elesebet Paya Wan.

Tertuduh didakwa mengikut seksyen 130J (1) (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum atau penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda.

Saminathan turut didakwa memiliki item-item yang berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan LTTE dalam sebuah telefon bimbit di Pejabat Exco Perpaduan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Ketua Menteri, Kompleks Seri Negeri lebih kurang jam 10.25 pagi pada 10 Oktober lalu.

Bagi pertuduhan itu tertuduh didakwa di bawah Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda dan hendaklah juga dilucutkan mana-mana item tersebut.

Prosiding mahkamah dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Putrajaya, Muhamad Iskandar Ahmad dan Mohd Izhanuddin Alias.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 Disember depan bagi sebutan semula kes.

Terdahulu, pengamal media tidak dibenarkan masuk untuk mendengar prosiding dalam mahkamah bagi pendakwaan kes berkenaan dan hanya ahli keluarga serta pemimpin tertinggi sahaja yang dibenarkan masuk.

Turut kelihatan, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; ADUN Banda Hilir, Datuk Kok Kiew; ADUN Kesidang, Alex Seah Shoo Chinn; ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee selain wakil rakyat Negeri sembilan, Exco Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Kon dan Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, Teo Kok Seong. – Sinar Harian

Tags: ADUN DAPLTTEpengganas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

19/05/2026
0

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) Selangor menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki segera memohon...

Akmal Naik Angin, Label Pemuda DAP ‘Bebal’, Cabar Letak Jawatan Kerajaan Negeri

Akmal Naik Angin, Label Pemuda DAP ‘Bebal’, Cabar Letak Jawatan Kerajaan Negeri

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub MELAKA – Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh menyelar keras kenyataan pimpinan Pemuda DAP (Dapsy) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd