• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Individu Bersama Objek Dipercayai Bom Tangan Ditahan

oleh
25/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita bersama objek yang dipercayai sebutir bom tangan dalam sebuah kereta di persimpangan empat lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (Lebuh AMJ) di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris, berkata suspek lelaki berumur 19 dan 33 tahun, manakala suspek wanita berusia 57 tahun ditahan di persimpangan empat lampu isyarat Serkam-Merlimau-Jasin menghala ke Melaka di lebuh itu, pada 12 tengah hari.

“Semasa pasukan pegawai dan anggota polis menghampiri kereta jenis Toyota Vios berwarna hitam yang dinaiki kesemua suspek, suspek lelaki yang memandu kereta itu bertindak agresif tetapi dia berjaya ditahan oleh pegawai dan anggota polis di tempat kejadian.

“Hasil pemeriksaan di bahagian but kereta, polis menemui dua parang dan dua kayu rotan selain satu objek yang dipercayai bom tangan dijumpai di bawah kerusi pemandu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata, bom tangan yang ditemui telah diambil Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, dan diletupkan di satu kawasan lapang di dalam ladang kelapa sawit di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 atau Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Tags: bom tanganpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd