• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Visa Pelancong Arab Saudi: Peluang Agensi Luas Perniagaan

oleh
28/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) melihat rancangan Arab Saudi untuk membuka pintunya kepada pelancong asing sebagai langkah yang akan meluaskan peluang perniagaan pelancongan di Malaysia.

Timbalan Presidennya, Mohd Akil Yusof berkata, pengumuman rejim visa baharu itu akan mewujudkan peluang perniagaan baharu kepada agensi pelancongan untuk menjual pakej pelancongan dan menawarkan kepada orang Islam dan bukan Islam di negara ini.

”Langkah oleh kerajaan Arab Saudi akan membuka destinasi baharu kepada ramai pelancong di negara ini kerana visa pelancong ini untuk semua orang. Kini semua orang boleh datang dan melawat Arab Saudi walaupun mereka bukan Muslim,” katanya kepada Bernama dalam temu bual di sini baru-baru ini.

Mohd Akil mencadangkan supaya pelancong terlebih dahulu membaca mengenai kelayakan visa sebelum memohon secara dalam talian, bagi mengelakkan kekeliruan dengan visa untuk menunaikan umrah dan haji atau aktiviti berkaitan selain pelancongan.

Mengenai rancangan kerajaan Arab Saudi untuk membuka pintunya kepada pelancong bukan Muslim dan mencapai 30 juta kedatangan pelancong setiap tahun menjelang 2030, beliau berkata, negara Islam itu perlu melakukan banyak aktiviti pemasaran dan menawarkan pakej destinasi unik bagi menarik lebih ramai pelancong.

“Apabila lebih ramai pelancong mula memasuki Arab Saudi, pelancong akan berminat untuk melawat tempat-tempat berbeza di negara itu seperti Jeddah, Riyadh…dan destinasi berkenaan memerlukan pasaran pelancongan tempatan di sana menawarkan pakej unik,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Akil menasihatkan orang awam supaya tidak pergi ke Arab Saudi dengan sendiri tetapi mempertimbangkan perkhidmatan yang disediakan ahli Matta (agensi pelancongan) bagi memastikan pelancong faham undang-undang dan peraturan visa pelancong mereka.

“Kami merasakan penglibatan agensi pelancongan adalah perlu kerana halangan bahasa dan pasaran pelancongan di sana masih baharu. Dinasihatkan supaya pelancong menggunakan agensi pelancongan supaya perjalanan mereka lancar tanpa sebarang masalah,” katanya.

Beliau menambah, Matta dan ahlinya akan menyokong langkah dibuat negara konservatif itu dan akan mempromosikan Arab Saudi sebagai satu lagi destinasi kepada rakyat Malaysia sama ada yang beragama Islam atau tidak.

Pada Jumaat, Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH) mengumumkan buat pertama kali, kerajaan itu melancarkan visa pelancongan yang akan dikeluarkan melalui Konsulat dan Kedutaan Besar Arab Saudi di seluruh dunia.

Rakyat dari 49 negara di seluruh dunia termasuk China, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Denmark, Itali, Jerman, Singapura, Brunei dan Malaysia layak memohon visa pelancong secara dalam talian.

Langkah itu adalah satu daripada agenda utama program reformasi Wawasan 2030 Putera Mahkota Mohammed bin Salman sebagai persediaan untuk ekonomi terbesar rantau Arab itu berdepan zaman selepas era minyak dan menarik syarikat asing untuk melabur dalam sektor berkenaan yang diharapkan dapat menyumbang 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030.

Pengerusi SCTH, Ahmed al-Khateeb mengesahkan abaya tidak akan menjadi mandatori kepada pelancong wanita tetapi perlu berpakaian sopan manakala alkohol tetap diharamkan.

Sehingga kini, pelancong asing yang memasuki Arab Saudi terhad kepada pekerja pemastautin dan tanggungan mereka, pengembara perniagaan dan jemaah Muslim yang diberi visa khas untuk melawat Makkah dan Madinah.

Tags: Arab SaudiVisa Pelancongan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd