Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

55 Warga Indonesia Mangsa...

JAKARTA – Kementerian Luar Indonesia memaklumkan 55 rakyat negara itu yang menjadi mangsa...

Sabah Tubuh Badan Kaji...

KOTA KINABALU — Kerajaan Negeri akan menubuhkan satu badan bagi menjalankan kajian terperinci...

PRN Johor: Ahmad Zahid...

JOHOR BAHRU : Memasuki hari ketiga pembubaran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor,...

Banjir Di Negeri Sembilan...

Seremban : Banjir yang melanda di tujuh daerah di Negeri Sembilan kini pulih...

Syukur Adib Dapat Pembelaan Sewajarnya – KP Bomba

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berharap individu bertanggungjawab terhadap kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dapat dibawa ke muka pengadilan.

Ia susulan keputusan Mahkamah Koroner yang memutuskan bahawa kematian Muhammad Adib adalah berpunca daripada perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, keputusan itu memang ditunggu warga JBPM susulan perjuangan mereka bagi membolehkan kematian Muhammad Adib mendapat pembelaan sewajarnya.

“Kita bersyukur kerana perjuangan bomba bagi mendapatkan pembelaan untuk Muhammad Adib selama ini akhirnya terbukti di mahkamah.

“Malah warga bomba turut berharap agar proses seterusnya berhubung kes itu dapat dilaksanakan berteraskan prinsip keadilan agar individu bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, warga bomba menzahirkan terima kasih kepada orang ramai yang selama ini prihatin serta menyokong agar inkues mencari punca kematian Muhammad Adib dijalankan dengan baik serta sewajarnya. – myMetro Online

Kategori