• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokong Syiah: Mufti Selangor Nafi Gesa Boikot Mydin

oleh
06/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Mufti Selangor, Mohd Tamyes Abd Wahid menafikan dakwaan beliau menggesa orang Islam supaya memboikot syarikat Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin).

Beliau berkata, perkara itu tidak benar, tetapi enggan mengulas lanjut.

“Itu tidak benar,” katanya ringkas ketika dihubungi FMT.

Sebelum ini tersebar di media sosial melalui aplikasi WhatsApp yang menunjukkan satu perbualan gesaan mufti Selangor supaya orang ramai memboikot rangkaian pasar raya runcit Mydin selepas dikaitkan dengan sokongan terhadap Syiah.

Dalam mesej tersebar di media sosial itu juga Mydin didakwa tidak mahu membayar zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Makluman, Mydin itu syarikat Syiah, dia tidak mahu bayar zakat pada LZS. Dia bayar khums kepada kumpulan Syiah.

“Satu ketika dia dapat geran bekal baju sekolah agama dari LZS, pun tetap tak bayar zakat. Oleh itu Mydin pun patut diboikot juga,” kata pesanan tersebut.

Khums merupakan salah satu bentuk cukai harta dalam Islam, yang antara lain diagihkan kepada golongan fakir miskin dan anak yatim.

Dalam pada itu, pengarah urusan Mydin, Ameer Ali Mydin enggan mengulas mengenai dakwaan itu.

Semalam FMT melaporkan masjid di seluruh negeri Selangor diarah untuk menyampaikan khutbah Jumaat mengutuk amalan Syiah, mendahului satu peristiwa penting dalam sejarah Islam minggu depan, iaitu pembunuhan cucu Nabi Muhammad, Hussein, yang merupakan tokoh utama dalam mazhab Syiah.

“Khutbah tersebut bukan sahaja penuh dengan kebencian, tetapi sarat dengan kebohongan dan tidak tepat,” kata aktivis Dr. Ahmad Farouk Musa. 

Sebelum ini, tular kempen “boikot” produk keluaran bukan Islam di media sosial yang menggesa masyarakat Bumiputera tidak membeli produk keluaran bukan-Bumiputera, sebaliknya mengutamakan produk keluaran syarikat Bumiputera.

Kerajaan menolak kempen itu dengan berkata, usaha menolak produk keluaran bukan Islam adalah tidak wajar dan tidak munasabah.

Bagaimanapun PAS dan mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin mempertahankan kempen menyokong produk keluaran orang Islam itu dengan berkata, ia harus dilihat secara positif. – FMT

Tags: mohd tamyes abd wahidmufti selangorMydinSyiah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Konflik Iran-Israel Tiada Kaitan Kebangkitan Syiah – Mat Sabu

Konflik Iran-Israel Tiada Kaitan Kebangkitan Syiah – Mat Sabu

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan bahawa konflik antara Iran dan...

Mydin Di Manjoi Terbakar, Ditutup Sementara Bermula Hari Ini

Mydin Di Manjoi Terbakar, Ditutup Sementara Bermula Hari Ini

11/03/2024
0

Pasar raya besar Mydin di Manjoi yang terbakar semalam ditutup sementara bermula hari ini sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd