• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas Setahun, Mangsa Palu Masih Berjuang Teruskan Hidup

oleh
29/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Ribuan penduduk di Indonesia kini masih berjuang membina semula kehidupan mereka setahun selepas gempa bumi kuat dan tsunami dahsyat melanda kepulauan Sulawesi pada 28 September tahun lalu.

Bandar Palu hancur akibat gegaran gempa berukuran 7.5 pada skala Richter dan tsunami yang turut mengorbankan lebih 4,000 orang.

Meskipun banyak bantuan kemanusiaan yang diterima selepas bencana namun menurut agensi kebajikan tempatan, selepas setahun mangsa terjejas masih tinggal di penempatan sementara dan kanak-kanak tidak boleh ke sekolah.

“Kanak-kanak terus mengalami trauma akibat bencana kerana tidak dapat kembali ke sekolah dan tidak boleh kembali kepada rutin normal mereka sebagai cara untuk membantu mengatasi trauma,” kata Pengarah Operasi Kumpulan Save the Children Indonesia, Dino Satria.

Dino turut menganggarkan dua pertiga daripada 1,300 sekolah masih rosak dan menggesa pihak berkuasa untuk mempercepatkan usaha pembinaan semula.

Bagaimanapun, seorang pegawai pendidikan memberi gambaran tugas itu tidak mudah untuk dilaksanakan tanpa pembiayaan yang mencukupi walaupun pembangunan sekolah merupakan keutamaan.

“Malangnya kami kekurangan dana. Saya memerlukan tambahan AS$11 juta (RM46 juta) hanya untuk membina sekolah di bandar Palu. Tanggungjawab ini sangat besar,” kata Ketua Pendidikan Palu, Ansyar Suitiadi dalam satu kenyataan kepada Save the Children.

Sementara itu, Palang Merah Indonesia menganggarkan 57,000 orang masih tiada tempat tinggal dan terus tinggal di kem dan tempat perlindungan sementara.

“Kami berharap kerajaan akan menggandakan usaha mereka untuk mengenal pasti kawasan penempatan dan membantu ribuan keluarga,” kata Ketua Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Antarabangsa, Jan Gelfand. – Agensi

Tags: gempa bumiIndonesiaPaluTsunami
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sabah Iktiraf UEC Syarat Masuk IPTA, Perkhidmatan Awam

Next Post

Malaysia, Turki, Pakistan Terajui Usaha Perjelas Islam – Mahathir

Related Posts

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

29/04/2025
0

ISTANBUL - Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan kawasan berhampiran bandar Bluff di barat daya New Zealand, lapor Anadolu Ajansi...

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

24/04/2025
0

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan rakyat tidak perlu bimbang dengan turun naik pasaran saham selagi negara masih mampu...

Next Post

Malaysia, Turki, Pakistan Terajui Usaha Perjelas Islam - Mahathir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd