• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayer Tarik Diri Wakili Tertuduh Kes Jual MyKad

oleh
26/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Peguam, RSN Rayer menarik diri daripada mewakili seorang tertuduh dalam kes kegiatan haram membabitkan kes penjualan MyKad di Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Jelutong itu memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, walaupun tidak menghadapi sebarang isu mewakili seorang daripada enam tertuduh dalam kes itu, beliau tidak akan membiarkan perkara itu digunakan untuk memfitnah nama baik Pakatan Harapan dan DAP.

Parti komponen Barisan Nasional, iaitu UMNO dan MIC membidas tindakan Rayer mewakili tertuduh itu dalam kes penjualan kad pengenalan kerana ia memberi persepsi salah. Ada di kalangan pengguna media sosial yang dilihat mendakwa Rayer berpakat dengan sindiket itu.

“Saya masih berpendirian tidak ada sebarang konflik kepentingan jika saya terus menjadi peguam bela tertuduh dalam kes ini kerana di negara ini, kita mengamalkan sistem pengasingan kuasa.

“Walaupun saya merupakan seorang ahli Parlimen kerajaan, tiada undang-undang menghalang saya menjadi peguam bela di mahkamah untuk membela Lai Chin Wah, yang dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di sisi undang-undang.

“Saya ingin menegaskan di sini, walaupun saya tidak takut dan gementar dengan apa-apa ugutan yang dibuat terhadap saya secara peribadi, namun saya tidak mahu penglibatan saya dalam kes ini digunakan pihak tidak bertanggungjawab.

“Setelah memikirkan perkara ini secara mendalam, saya telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada mewakili tertuduh dalam kes ini bermula hari ini,” katanya di depan Hakim Norsalha Hamzah hari ini.

Pada 12 September lalu, Lai antara lima individu, termasuk seorang penolong pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, ditahan kerana disyaki sebahagian daripada sebuah sindiket penjualan sijil kelahiran dan kad pengenalan kepada warga asing yang kebanyakannya dari China.

Presiden Majlis Peguam, Abdul Fareed Abdul Gafoor sebelum ini mempertahankan Rayer dengan berkata, ia adalah jaminan berperlembagaan yang setiap tertuduh berhak dibela peguam pilihan mereka.

Ramkarpal Singh yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor, turut mempertahankan Rayer dengan berkata sebarang kritikan terhadap Rayer mewakili tertuduh boleh ditafsirkan sebagai “menakutkan peguam dalam menjalankan tugasnya”. – FMT

Tags: DAPJPN Pulau PinangMyKadRSN RayerSijil Kelahiran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

05/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Kenyataan seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mempertikaikan standard Parlimen dan mengaitkan dasar apartheid dalam pengagihan peruntukan menjadikan sesi...

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

27/10/2025
0

KOTA KINABALU: DAP Sabah masih belum memuktamadkan lagi sama ada parti itu akan menggunakan logo sendiri atau sebaliknya untuk bertanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd