• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Sedar Ke Mereka Cuma Sepenggal Je? – Noraini

oleh
13/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad mendakwa pemimpin Pakatan Harapan (PH) bimbang dengan kemaraan penyatuan UMNO dan PAS.

Ahli Parlimen Parit Sulong itu berkata, berkata kebimbangan itu menyebabkan pemimpin PH membuat berbagai provokasi untuk menggagalkan penyatuan dua parti terbesar orang Melayu itu.

Katanya, antara provokasi yang dilakukan oleh pemimpin PH ialah mempersoalkan siapa bakal perdana menteri sekirannya gabungan UMNO dan PAS membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Mereka (pemimpin PH) tidak fikir pasal tugas sebagai kerajaan. Mereka sibuk pasal penyatuan UMNO dan PAS sehingga timbul soalan siapa akan jadi Perdana Menteri.

“Saya nak jawab soalan mereka dengan soalan juga, PH ni sedar ke mereka akan jadi kerajaan sepenggal saja?” katanya pada sidang media bersama pimpinan Muslimat PAS, Puteri UMNO dan Ameerah Malaysia sempena Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di ibu negara, hari ini.

Noraini berkata, siapa akan dipilih sebagai perdana menteri, jika gabungan UMNO dan PAS berjaya membentuk kerajaan selepas PRU15, akan ditentukan oleh kepimpinan tertinggi kedua-dua parti nanti.

Beliau berkata, sebagai parti politik, UMNO dan PAS akan memberi perhatian untuk memastikan kemenangan dicapai dalam PRU15 nanti.

Sementara itu, Ketua Muslimat PAS, Nuridah Salleh menegaskan kerjasama kedua parti itu merupakan penyatuan yang berprinsip.

Katanya, bagi PAS survival Islam adalah lebih penting dan kerana itu mereka akan memastikan penyatuan ini akan berjaya.

“Presiden PAS selalu sebut, kalau kita lihat sejarah UMNO dan PAS ini bersama sudah lama, dua parti ini umpana adik beradik.

“Bila adik-beradik tentulah akan ada bergaduh tetapi lama-lama dia baik balik,” katanya.

Pergerakan Wanita UMNO, Dewan Muslimat PAS, Puteri UMNO dan Ameerah Malaysia bekerjasama menganjurkan program Himpunan Wanita Penyatuan Ummah (HWPU913) bermula dari pukul 8 pagi hingga 1 petang. – Astro AWANI

Tags: himpunan penyatuan ummahnoraini ahmadpakatan harapanPASUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Adakah Mereka Telah Didaftarkan Sebagai Pengundi?

Next Post

Mahkamah Kurangkan Hukuman Penjara Lelaki Hina Nabi

Related Posts

Titah Adendum: PM Sedia Bincang

Titah Adendum: PM Sedia Bincang

18/07/2025
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri menyatakan kesediaannya terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan parti itu bagi...

145 Ketua UMNO Bahagian Desak PM Segera Laksanakan Titah Adendum

145 Ketua UMNO Bahagian Desak PM Segera Laksanakan Titah Adendum

18/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 145 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara, termasuk dari Sabah, mendesak supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim segera mengambil...

Next Post

Mahkamah Kurangkan Hukuman Penjara Lelaki Hina Nabi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd