• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasas Bawal Exclusive Beri Amaran Pihak Ciplak Tudung

oleh
12/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive Sdn. Bhd. (Bawal Exclusive) memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menciplak tudung keluarannya untuk meraih keuntungan mudah.

Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri berkata, para usahawan yang ingin menceburi perniagaan seperti ini dinasihatkan mencipta jenama sendiri dan tidak mengambil jalan mudah untuk berjaya.

“Kepada usahawan-usahawan yang baru memulakan perniagaan jenis ini agar mencipta jenama sendiri. Berniaga lah dengan penuh etika, baru berkat dan berjaya.

“Bawal Exclusive bukan duduk diam sahaja, kita ingin lindungi hak dan jenama kita dan apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ambil tindakan, ia menjadi iktibar kepada yang lain semoga perkara ini tidak berulang,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di sebuah hotel di sini hari ini. 

Sebanyak 1,631 helai tudung berjenama Bawal Exclusive disyaki tiruan dirampas oleh KPDNHEP di sebuah premis di Jalan Langgar di Alor Setar, Kedah semalam selepas menerima maklumat dan aduan daripada pemilik cap dagang berkenaan.

Serbuan oleh KPDNHEP pada hari sama turut dijalankan di kawasan Masjid India di ibu negara dengan merampas 3,270 helai tudung tiruan Bawal Exclusive. 

Nilai rampasan di kedua-dua premis tersebut adalah sebanyak RM73,965.

Tags: Bawal Exclusiveciplakhijab mewahtudung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tudung Merdeka Trend Raikan Sambutan Hari Kebangsaan

20/08/2019
0

SHAH ALAM - Trend tudung bercorak bendera Malaysia dan bunga raya antara tarikan baharu terdapat di pasaran sempena Hari Kebangsaan...

Nordiana, Wanita Bertudung Pertama Juarai Gusti

08/07/2019
0

SHAH ALAM - Seorang wanita bertudung yang dikenali sebagai Nordiana yang menjuarai pertandingan gusti di mana videonya tular baru-baru ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd