MESKIPUN telah berusia 53 tahun, andai manusia telah pun bercucu, namun tahukah anda ada pertubuhan anak negeri di Kuala Lumpur yang hanya mempunyai keahlian tidak sampai 3,500 orang?
Persoalannya ialah kenapa jumlah keahlian PEKAP atau Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang di Ibu Kota tidak pernah bertambah? Adakah kepimpinannya memang selesa dengan jumlah keahlian yang minimum?
Oleh sebab itu tidak menghairankan apabila ramai generai muda, terutama yang baru berhijrah ke ibu kota akan terpinga-pinga apabila diajukan persoalan mengenai Pekap.
“Entah la bang, saya tak tau apa-apa pun, tak pernah dengar pun program persatuan ni buat, mungkin saya budak-budak lagi, tak ada faedahnya kalau saya masuk persatuan-persatuan begini,” ujar Wan Annuar Affendi, 23 yang berasal dari Kuantan.
Mungkinkah pucuk pimpinan persatuan berkenaan memerlukan perubahan menjelang Mesyuarat Agung tidak lama lagi?
Menurut laman web Pekap.my, senarai Yang Dipertua PEKAP sejak ditubuhkan ialah seperti berikut:
- En. Mohd Amin bin Hassan
- Tuan Hj Zainuddin bin Shariff
- YBhg Tan Sri Hamzah bin Abu Samah
- YBhg Tan Sri Sabbaruddin bin Chik
- YBhg Tan Sri Jamaludin bin Dato’ Jarjis
- YH Dato’ Sulaiman bin Ibrahim
- YB Dato’ Sri Hasan bin Arifin
- YH Dato’ Sulaiman bin Ibrahim

Menurut sumber, difahamkan pemilihan yang bakal berlangsung kali ini dijangka agak sengit, walaupun PEKAP hanya sekadar persatuan anak negeri.
Sesuai la dengan barisan Yang Dipertua sebelum ini, ada juga nama-nama besar berhasrat bertanding jawatan Yang Dipertua.
Selain Bendahari ketika ini, Dato’ Alang Zahari Ishak yang mengesahkan mahu bertanding jawatan Yang Dipetua, tiga lagi calon turut menawarkan diri untuk mengisi jawatan itu yang bakal dikosongkan Dato’ Sulaiman Ibrahim.
Tiga nama berkenaan ialah Dato’ Dr. Ahmad Kamal Jamlus, Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman dan Dato’ Dr. Abdul Halim Hussin.
“Tak kira la sesiapa pun yang menang Yang Dipertua PEKAP, kita mengharapkan kepimpinan lepas ini mampu membawa perubahan kepada persatuan, perbanyakkan aktiviti kepada semua anak-anak Pahang,” tegas seorang anak Pahang yang telah 25 tahun menetap di ibu negara. – Mynewshub.TV




