• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembalakan, Perlombongan Haram Kini Fokus SPRM

oleh Cj Mnh
27/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kegiatan pembalakan dan perlombongan haram di seluruh negara kini menjadi fokus Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana isu yang melibatkan alam sekitar itu adalah isu kepentingan awam dan perlu dibanteras habis-habisan, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya.

“Oleh itu kita sedang menyusun strategi yang melibatkan kaedah-kaedah yang lebih cangih disebabkan ada pelaku yang sudah terlalu selesa melakukan kegiatan itu kerana mereka mengetahui sistem yang kita ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Dialog Ketua Pesuruhjaya SPRM Bersama Media Sabah di sini, hari ini. Turut hadir Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Muguntan Vanar.

Latheefa berkata selain itu, SPRM kini akan lebih fokus untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab utamanya iaitu pencegahan rasuah.

“Ramai tidak mengetahui bahawa tugas utama SPRM adalah pencegahan namun SPRM kini lebih terkenal sebagai badan yang melakukan tangkapan dan reman. Sebenarnya dua pertiga dalam Akta SPRM adalah untuk tujuan pencegahan,” katanya.

Katanya, untuk usaha pencegahan, pihaknya akan mendatangi jabatan atau agensi kerajaan yang mempunyai masalah rasuah terlalu kerap.

“Kita akan berjumpa mereka dan meminta maklumat bagaimana mereka melakukan kerja sehingga menjadi lubuk rasuah. Sekiranya kita dapati ada perkara yang tidak betul apa-apa arahan yang kita berikan wajib dipatuhi,” tambahnya.

Sementara itu, mengulas mengenai syor SPRM sebelum ini yang mahu menempatkan pegawai kanannya di pejabat menteri besar dan ketua menteri, Latheefa berkata cadangan itu diterima positif.

“Kita cadangkan perkara itu sebagai satu usaha pencegahan demi memastikan tidak berlaku sebarang rasuah dan salah guna kuasa kerana di peringkat negeri mempunyai banyak potensi untuk melakukan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Katanya, SPRM akan memilih beberapa pegawai kanannya untuk dicalonkan kepada ketua menteri atau menteri besar untuk ditempatkan di pejabat mereka.

“Setakat ini, semua ketua menteri dan menteri besar menyambut baik usaha ini dan mereka akan umumkan sendiri sekiranya pegawai kanan SPRM itu sudah ditempatkan di pejabat mereka,” katanya.

Tags: Latheefa KoyaSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd